Pengenalan
JABATAN DERMATOLOGI
Jabatan Dermatologi, Hospital Pulau Pinang, menyediakan subkepakaran dermatologi dan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan rujukan tertiary zon utara Semenanjung Malaysia.
Perkhidmatan teras jabatan dermatologi termasuklah pesakit luar dan pesakit dalam. Perkhidmatan pesakit luar dijalankan di Klinik Dermatologi yang terletak di bilik 105, tingkat 1 blok perkhidmatan pusat, Hospital Pulau Pinang. Manakala perkhidmatan pesakit dalam pula melibatkan perawatan di wad C19, tingkat 4 blok C.
Visi Jabatan
Jabatan Dermatologi Hospital Pulau Pinang akan wujud sebagai sebuah institusi perubatan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan dan penjagaan kesihatan tertiari di Wilayah Utara, semenanjung Malaysia.
Misi jabatan
Jabatan Dermatologi Hospital Pulau Pinang akan menyediakan perkhidmatan rawatan kuratif, diagnostik dan pemulihan yang efisien, berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek latihan dan penyelidikan, pembangunan serta memastikan nilai-nilai budaya korporat diterapkan kepada setiap lapisan anggota kesihatannya.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN YANG TERSEDIA DI JABATAN DERMATOLOGI
Perkhidmatan terbahagi kepada pesakit luar, pesakit dalam dan lawatan pakar.
1. Pesakit luar
Perkhidmatan pesakit luar melibatkan pesakit yang datang untuk tujuan diagnostik dan rawatan susulan. Prosedur dan ujian yang dijalankan di klinik dermatologi termasuklah:
- Fototerapi (Phototherapy)
- Rawatan laser (CO₂ laser)
- Krioterapi (Cryotherapy)
- Electrocautery
- Iontophoresis
- Allergy testing (Skin Prick Test, Skin Patch Test, Drug Patch Test dan RAST)
- Pembedahan kecil seperti excision biopsy dan skin tag removal
- Ujian dan prosedur diagnostik seperti slit skin smear, Tzanck smear, dan biopsi kulit untuk histopatologi dan imunofluoresen
- Rawatan suntikan intralesional dan intradermal (Kenacort)
- Ujian makmal seperti smear untuk jangkitan kelamin, kultur kulat dari rambut/kuku/tisu, serta kajian darah, air kencing dan najis
- Aplikasi bahan kimia perubatan seperti podofilin, trichloroacetic acid, phenol dan chemical peeling
- Kajian pengimejan dermatologi dan dermatoskopi
2. Pesakit dalam
Perawatan pesakit dalam melibatkan rawatan pesakit di wad C19.
3. Lawatan Pakar
|
Hospital |
Kekerapan |
|
Hospital Bukit Mertajam |
2 kali sebulan |
|
Hospital Sungai Bakap |
1 kali sebulan |
|
Klinik kesihatan Butterworth |
1 kali sebulan |
