Pengenalan
JABATAN BEDAH MULUT & MAKSILOFASIAL
Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Pulau Pinang merupakan pusat rujukan kawasan utara semenanjung Malaysia bagi mendiagnosa dan mengurus semua jenis kategori penyakit yang berkaitan dengan kepakaran pergigian, mulut dan maksilofasial. Jabatan Bedah Mulut menyediakan bahagian perkhidmatan iaitu perkhidmatan Pesakit Luar dan Pesakit Dalam. Lokasi Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial adalah dalam bangunan Blok B di tingkat satu (108).
Objektif Am Jabatan Bedah Mulut
Memberikan perkhidmatan Kepakaran Bedah Mulut & Maksilofasial kepada semua pelanggan secara profesional bagi memastikan pelanggan mencapai tahap kesihatan mulut yang baik seterusnya dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat, harmoni dan berkualiti.
Objektif Khusus Jabatan Bedah Mulut
Memberikan rawatan yang terbaik dan selamat kepada masyarakat untuk meningkat taraf kesihatan melalui 2 aspek iaitu:
- Patient-focused care:
i. Memastikan masa menunggu bagi mendapatkan rawatan adalah kurang dari 75 minit bagi kes pemeriksaan dan rawatan susulan.
ii.Memastikan kadar pembatalan kes pembedahan elektif di bawah anestesia am adalah kurang dari 10% daripada jumlah keseluruhan kes pembedahan elektif.
- Clinical Effectiveness and Risk Management
- Mengekalkan pencapaian 95% laporan perubatan pesakit disiapkan dalam tempoh 14 hari bekerja.
- Memastikan 50 peratus daripada kes elektif pembuangan gigi terimpak hendaklah dilakukan di bawah pembedahan harian.
- Menggalakkan dan memastikan penglibatan jabatan dalam aktiviti kualiti seperti inovasi, QA, audit klinikal dan penghasilan kertas penyelidikan dan case report sama ada telah dibentangkan dan diterbitkan.
- Memantau peratusan pesakit yang diberikan antibiotik selepas menjalani rawatan pembedahan mengeluarkan gigi geraham bongsu pada rahang bawah.
- Memantau kadar kejadian kecederaan saraf yang berlaku selepas menjalani pembedahan mengeluarkan gigi molar ketiga rahang bawah yang terimpak.
- Memastikan kurang dari 10% kes pembedahan tulang muka yang patah mengalami Surgical Site Infection
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan utama Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial termasuk:
- Pusat rujukan kepakaran tertiari dan kes ulangan dari luar jabatan/hospital serta kes dari unit-unit kepakaran lain, klinik kesihatan, hospital/klinik swasta di dalam dan luar negeri Pulau Pinang.
- Memberi perkhidmatan rawatan kepakaran dalaman serta prosedur perubatan dan pembedahan oral dan maksilofasial bagi memastikan pesakit berada dalam keadaan stabil bagi mengurangkan komplikasi dan mortaliti.
- Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pesakit dan keluarga.
- Memberi Perkhidmatan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan orang awam khususnya untuk program pergigian dan pembedahan mulut.
Skop Perkhidmatan:
- Toilet & suturing of oro-facial wounds
- Management of traumatic tooth injury
- Management of facial bone fracture – Open or close reduction with fixation
- Surgical removal of impacted teeth under local/ general anaesthesia
- Dental extraction under local/ general anaesthesia
- Dentoalveolar surgery
- Biopsy for minor salivary gland/ cyst/ tumour/ oral cancer
- Orthognathic surgery
- Alveolar bone grafting
- Enucleation of dental cyst
- Resection of oral tumour
- Reconstruction of the jaw
- Reduction of dislocated jaw
- Incision & drainage of dental abscess
- Dental implants
- Fabrication of maxillofacial prosthesis
- Repair of cleft lip and palate
- Management of forensic odontology cases
Waktu Operasi
|
HARI |
MASA |
AKTIVITI |
|
ISNIN |
8.00am - 1.00pm 2.00pm - 5.00pm |
Kes rujukan urgent cases Kes rujukan in-patient dan out-patient |
|
SELASA |
8.00am - 1.00pm 2.00pm - 5.00pm |
Kes rujukan urgent cases Kes rujukan in-patient dan out-patient (kecuali ada kes pembedahan di Dewan Bedah yang dijalankan sebulan sekali |
|
RABU |
8.00am - 1.00pm 2.00pm - 5.00pm |
Kes rujukan urgent cases Kes rujukan in-patient dan out-patient |
|
KHAMIS |
8.00am - 1.00pm 2.00pm - 5.00pm |
Kes pembedahan di Dewan Bedah Kes rujukan urgent cases |
|
JUMAAT |
8.00am - 9.00am 9.00am - 12.15pm 2.45pm - 5.00pm |
Continuing Medical Education (CME) HPP Kes rujukan urgent cases Kes rujukan in-patient dan out-patient CME JBM |
Waktu rehat:
Isnin - Khamis: 1.00pm - 2.00pm
Jumaat : 12.15pm - 2.45pm
- Perkhidmatan Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial adalah pada setiap hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am berdasarkan jadual Tugasan Atas Panggilan (Oncall) yang disediakan.