Pengenalan
Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental
Pengenalan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Pulau Pinang
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Pulau Pinang merupakan Jabatan Psikiatri yang pertama dibuka di Hospital Negeri selain daripada empat buah lnstitusi Psikiatri di negara ini. Perkhidmatan ini telah dimulakan semenjak tahun 1959.
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Pulau Pinang berperanan sebagai pusat rujukan utama di bahagian pulau dan pusat utama penerimaan kemasukan pesakit psikiatri untuk seluruh negeri Pulau Pinang. Perkhidmatan psikiatri umum dan subkepakaran yang disediakan merangkumi pesakit luar dan pesakit dalam.
Visi
Hospital Pulau Pinang akan wujud sebagai sebuah institusi perubatan yang cemerlang dalam setiap aspek perkidmatan dan penjagaan kesihatan tertiari di wilayah utara.
Misi
Hospital Pulau Pinang akan menyediakan perkhidmatan rawatan kuratif, diagnostik dan pemulihan yang efisyen, berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek latihan, penyelidikan dan pembangunan serta memastikan nilai-nilai budaya korporat diterapkan pada setiap lapisan anggota kesihatannya.
Nilai-nilai Teras
Selaras dengan polisi KKM yang mengamalkan konsep nilai murni di dalam perkhidmatan, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Pulau Pinang mengamalkan 5 nilai teras utama iaitu:
- Profesionalisme dan sopan santun
- Komitmen pada integriti dan kerahsiaan
- Konsep pesakit diutamakan
- Perkhidmatan kerja berpasukan
- Proaktif dalam kepimpinan, latihan dan penyelidikan
Perkhidmatan
Skop Perkhidmatan
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Pulau Pinang menyediakan rawatan Psikiatri untuk penduduk dari semua lapisan masyarakat di Pulau Pinang. Rawatan ini meliputi:
1. Rawatan Pesakit Luar di Klinik 102 dan Balai Sri Tanjung
Klinik Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental meliputi Klinik Dewasa dan Klinik Psikiatri Penagihan Psikiatri dan Rawatan Metadon (Klinik Balai Sri Tanjung) dan Klinik Subkepakaran (Klinik 102) termasuk Klinik Psikiatri Geriatrik, Klinik Psikiatri Remaja dan Kanak-kanak, Klinik Psikiatri Neuropsikiatri.
2. Rawatan Pesakit Dalam
Rawatan Pesakit Dalam terdiri daripada Wad Psikiatri Lelaki dan Perempuan yang bertempat di Jalan Perak. Kemasukan pesakit ke wad psikiatri adalah mengikut peruntukan dalam Akta Kesihatan Mental 2001, Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, Peraturan Kesihatan Mental 2010, dan undang-undang lain yang berkenaan di Malaysia.
3. Perkhidmatan Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja
Perkhidmatan ini memberi fokus kepada diagnosa, rawatan dan pencegahan gangguan mental di kalangan kanak-kanak, remaja dan keluarga meraka
Pasukan terdiri dari Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja dan pegawai perubatan. Pegawai Psikologi Klinikal turut membantu dalam proses penilaian dan perawatan.
Klinik pesakit luar kes baru diberi mengikut temujanji manakala untuk kes susulan adalah pada hari Selasa dan Rabu petang. Rawatan pesakit dalam adalah mengikut tatacara Akta Kesihatan Mental 2001 dan Peraturan Kesihatan Mental 2010.
4. Perkhidmatan Psikiatri Liaison
Ini adalah satu perkhidmatan inter-disiplin yng ditawarkan bagi merawat pesakit pesakit fizikal di wad periferi yang mengalami isu kesihatan mental. Pasukan ini diketuai oleh seorang pakar psikiatri yang dibantu oleh pegawai perubatan.
Kes rujukan akan diperiksa dalam tempoh 24 jam. Pesakit dan keluarga akan ditemubual dan rawatan yang bersesuaian akan diberikan. Selain itu, pasukan Psikiatri Liaison juga memberi perkhidmatan multidisciplinary iaitu Pain Clinic di bawah Jabatan Anestesiologi setiap Jumaat pagi.
5. Perkhidmatan Psikiatri Geriatrik
Memberi perkhidmatan kepada warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas. Skop perkhidmatan adalah pesakit dalam dan pesakit luar serta Liaison Psikiatri Geriatrik. Terdapat juga Perkhidmatan Psikiatri Komuniti Warga Emas (Pasukan Perawatan di Rumah) serta Lawatan ke Silver Jubilee Home for the Aged, Penang Home for the Infirmed dan Rumah Syukur Penyayang.
6. Perkhidmatan Neuropsikiatri
Perkhidmatan klinik susulan pesakit luar adalah pada setiap hari Selasa dan Rabu pagi. Pakar Psikiatri mengetuai perkhidmatan ini dengan dibantu oleh Pegawai Perubatan.
Rawatan ECT untuk pesakit tertentu yang sesuai mengikut Buku Garis Panduan Rawatan Terapi Elektrokonvulsif KKM.
7. Perkhidmatan Penagihan Psikiatri dan Rawatan Metadon
Perkhidmatan ini menawarkan terapi gantian dengan Metadon kepada pesakit ketagihan dadah jenis opiat. Rawatan yang diberi bermula dengan cara pengambilan ubatan secara pemerhatian terus (DOTS therapy) di mana pesakit akan datang ke klinik ini setiap hari (termasuk hari cuti) untuk meminum Metadon di bawah pemerhatian pegawai farmasi. Pesakit yang stabil dibenarkan membawa dos bawa balik (DBB).
Kehadiran pesakit ke klinik ini adalah secara sukarela. Kedatangan kes baru untuk saringan ke program ini adalah mengikut temujanji. Pesakit baru dan susulan berkala akan diperiksa oleh doktor dan anggota paramedik akan membantu dalam proses saringan, penyiasatan makmal, pemantauan reten dan penyimpanan rekod. Khidmat bimbingan kaunseling juga diberikan kepada pesakit. Klinik ini beroperasi setiap hari termasuk hari cuti umum dan hujung minggu.
8. Rawatan Pemulihan Cara Kerja
Perkhidmatan Pemulihan Carakerja membantu pesakit supaya dapat mencapai kembali tahap keberdikarian yang optimum dalam aktiviti kehidupan harian, pekerjaan, riadah, spiritual, kognitifIpersepsi dan psikososial justeru mengurangkan beban penjagaan pesakit oleh penjaga I keluarga.
9. Perkhidmatan Psikologi Klinikal
Perkhidmatan ini adalah satu perkhidmatan yang berperanan dalam menilai, membuat diagnosis serta merawat kecelaruan mental, tingkah laku, emosi, personaliti dan masalah pembelajaran. Pegawai Psikologi Klinikal merawat pesakit dengan menggunakan pendekatan evidence-based practice, dalam menentukan pelan rawatan pesakit. Pesakit perlu dirujuk melalui klinik dewasa dan klinik subkepakaran.
10. Perkhidmatan Kebajikan Sosial
Perkhidmatan Kebajikan Sosial berperanan memberi maklumat dan melicinkan proses untuk membantu pesakit mendapat sumber perkhidmatan sosial.
11. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti dan Rehabilitasi
Skop perkhidmatan adalah terdiri daripada:
- Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) Pulau Pinang
- Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
MENTARI Pulau Pinang merupakan pusat kesihatan mental masyarakat yang memberi perkhidmatan sehenti termasuk pemeriksaan, diagnosis, rawatan dan pemulihan pesakit mental di samping menjalankan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan mental di kalangan penduduk setempat.
Skop perkhidmatan adalah seperti berikut:
- Promosi kesihatan mental
- Klinik Saringan dan Pengendalian Krisis- MENTARI sedia menerima individu yang ingin menjalani penilaian kesihatan mental secara sukarela pada waktu pejabat. Semua pesakit yang datang sendiri atau dirujuk akan dinilai oleh pasukan pelbagi disiplin yang diketuai oleh pakar psikiatri. Pesakit yang berisiko tinggi atau perlu intervensi kecemasan digalakkan untuk mendapat perkhidmatan di Jabatan Kecemasan yang beroperasi 24 jam di hospital berdekatan.
- Employment Transition programme – Program ini meliputi latihan kemahiran sosial yang memupuk interaksi positif dengan orang lain. Ia membina kemahiran pesakit ke arah kebersediaan bekerja dan membantu mereka dengan kerja peralihan.
- Supported Employment – Memfokuskan kepada pencarian kerja dan penempatan pekerjaan menerusi proses job coach berpandukan garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Job club dan Recreational Therapy – Program ini menawarkan latihan dalam aspek kemahiran bersosial, akitiviti kehidupan seharian, grooming dan lain-lain yang merupakan asas persediaan bagi pesakit sebelum dan semasa bekerja.
Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
Perkhidmatan Pskiatri Komuniti adalah satu perawatan lanjutan pesakit dalam komuniti di luar dari perkhidmatan dalam hospital. lni meliputi perkhidmatan lawatan ke rumah bagi pesakit yang memerlukan rawatan. Kumpulan ini adalah pesakit yang berisiko tinggi untuk relaps dan tidak komplian dengan rawatan. Lawatan akan dilakukan mengikut keperluan bergantung kepada ubatan dan suntikan ubat pesakit
12. Perkhidmatan Lawatan Pakar/Pegawai Perubatan ke hospital periferi berdekatan
Lawatan Pakar/Pegawai Perubatan ke hospital periferi adalah mengikut jadual seperti di bawah:
|
Hospital |
Jadual |
|
|
1 |
Hospital Balik Pulau - Pakar |
Hari lsnin kedua setiap bulan |
|
2 |
Hospital Sultan Abdul Halim - Pakar Psikiatri Geriatrik |
Hari Khamis setiap dua hingga tiga bulan |
|
3 |
Hospital Bukit Mertajam - Pakar Psikiatri Geriatrik - Pakar Psikiatri Kanak Kanak |
Hari Rabu kedua setiap bulan Hari Jumaat kedua setiap bulan |
|
4 |
Hospital Sultanah Bahiyah - Pakar Psikiatri Geriatrik |
Hari Selasa setiap dua hingga tiga bulan |
|
5 |
Hospital Kulim - Pakar Psikiatri Geriatrik |
Hari Rabu keempat setiap dua hingga tiga bulan |
Waktu Operasi
Jadual Perkhidmatan Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Pulau Pinang
|
Hari/Masa |
8am -1pm |
2pm-5pm |
|
Isnin |
Klinik kes baru Kanak-kanak & Remaja Gantian dengan Metadon |
Klinik Kes Baru Dewasa Klinik Susulan (Memory Clinic) Warga Emas Klinik Kes Baru pesakit dalam (Psikologi Klinikal) |
|
Selasa |
Klinik Susulan Dewasa Klinik Terapi Gantian Metadon Klinik Warga Emas Susulan Klinik Neuropsikiatri Susulan Klinik Susulan pesakit luar (Psikologi Klinikal) |
Klinik Kes Baru Dewasa Klinik Kes Baru Warga Emas Klinik Susulan (Kanak-ka nak & Remaja) Klinik Susulan pesakit dalam (Psikologi Klinikal) |
|
Rabu |
Klinik kes baru Kanak-kanak & Remaja Kes Penangihan Susulan Klinik Terapi Gantian Metadon Klinik Clozapine dan Lithium Klinik Kes Baru pesakit Luar (Psikologi Klinikal) |
Klinik Kes Baru (Dewasa) K linik Susulan (Kanak-kanak & Remaja) Klinik Susulan Warga Emas Klinik Susulan pesakit luar (Psikologi Klinikal) |
|
Khamis |
Klinik Susulan (Dewasa) Klinik Terapi Gantian Metadon Klinik Warga Emas Susulan Klinik Neuropsikiatri Susulan Klinik Susulan pesakit luar (Psikologi Klinikal) |
Klinik Kes Baru Dewasa Klinik Kes Baru Warga Emas |
|
Jumaat |
Klinik Terapi Gantian Metadon |
|
|
MENTARI |
Klinik Saringan dan Pengendalian Krisis Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 8 am – 1pm, 2pm -5pm Jumaat: 8am -12.15pm, 2.45pm -5pm |
|
Hubungi Kami
|
Lokasi |
: |
Klinik 102 Tel: 04 2225195
Klinik Balai Sri Tanjung Tel: 04 2225198
MENTARI Pulau Pinang Tel: 04 2886233 |