Pengenalan
Jabatan Anestisiologi Dan Rawatan Kritikal
Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP) merupakan salah satu perkhidmatan anestesia yang paling lama bertapak dan berpengalaman di utara Malaysia. Sebagai pusat rujukan tersier utama di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, jabatan ini menyediakan perkhidmatan anestesia dan rawatan rapi yang komprehensif merangkumi pelbagai disiplin pembedahan termasuk pembedahan am, ortopedik, bedah saraf, obstetrik dan ginekologi, urologi, pembedahan kardiotorasik serta rawatan trauma.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP) telah memperluaskan skop perkhidmatannya merangkumi pelbagai prosedur luar bilik bedah. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk anestesia dan sedasi untuk prosedur trombektomi dan stenting, sedasi bagi intervensi radiologi, sedasi terkawal untuk prosedur bronkoskopi, serta sokongan anestesia untuk pembedahan pediatrik. Jabatan ini juga menyediakan perkhidmatan sedasi dan anestesia bagi prosedur kardiologi intervensi (ICL service) di makmal katerisasi jantung, selaras dengan peningkatan permintaan dan perkembangan perkhidmatan klinikal di HPP. Selain perkhidmatan berasaskan pembedahan, jabatan ini turut menawarkan perkhidmatan rawatan sakit (pain service) sebagai sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit secara menyeluruh.
Seiring dengan perkembangan tersebut, jabatan ini telah melalui transformasi pesat sejak penubuhannya — daripada sebuah unit kecil yang menyokong pembedahan asas kepada sebuah jabatan subspecialty yang moden dan serba lengkap. Kini, jabatan ini dilengkapi teknologi anestesia terkini, sistem pemantauan lanjutan dan kemudahan rawatan rapi khusus. HPP juga telah memperluaskan kapasiti bilik pembedahan, memperkukuh laluan perioperatif serta meningkatkan kerjasama multidisiplin, menjadikannya pusat rujukan utama bagi pembedahan kompleks dan berisiko tinggi di wilayah utara.
Visi Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang
"Menjadi peneraju dalam penyampaian perkhidmatan anestesia dan rawatan rapi yang selamat, inovatif, dan berpusatkan pesakit di peringkat nasional, melalui kepakaran klinikal, pendidikan, dan penyelidikan berterusan."
Misi Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang
- Menyediakan perkhidmatan anestesia dan rawatan rapi yang selamat, berkualiti tinggi, dan berkesan bagi semua pesakit.
- Meningkatkan kepakaran staf melalui latihan berterusan, pembangunan profesional, dan pendidikan perubatan.
- Menggalakkan penyelidikan klinikal dan inovasi dalam bidang anestesiologi, rawatan rapi, dan pengurusan kesakitan.
- Memperkukuh kerjasama multidisiplin untuk memastikan penjagaan pesakit yang holistik dan bersepadu.
- Memperluas capaian perkhidmatan ke kawasan terpencil serta menyediakan akses kepada prosedur canggih dan rawatan kritikal.
Perkhidmatan
1. Bilik Bedah & Anestesia Pembedahan (OT / Surgical Anaesthesia)
- Memberi anestesia selamat untuk pembedahan elektif dan kecemasan, termasuk:
- Pembedahan am
- Pembedahan subspesialis
- Anestesia pediatrik
- Menawarkan perkhidmatan day-surgery / day-care (pembedahan dan pulang pada hari yang sama).
2. Anestesia Jauh (Remote Anaesthesia)
- Menyediakan perkhidmatan anestesia untuk prosedur di luar bilik bedah, termasuk:
- MRI, CT scan
- Intervensi radiologi
- Endoskopi
- Terapi elektrokomunikasi
- Prosedur Intercardiac Catheterisation (ICL) bagi pesakit dewasa dan kanak-kanak
3. Klinik Pra-Operasi / Anestesia
- Menjalankan penilaian pra-anestesia sebelum pembedahan.
- Menilai kesihatan pesakit, risiko, dan menentukan rancangan anestesia paling sesuai.
4. Klinik Kesakitan Kronik
- Menyediakan rawatan intervensi dan pengurusan kesakitan jangka panjang.
- Membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit dengan mengurangkan ketidakselesaan secara berkesan.
5. Perkhidmatan Kesakitan Akut (Acute Pain Service, APS)
- Beroperasi 24 jam bagi kesakitan pasca pembedahan, trauma, atau akibat kanser.
- Lawatan rutin pasukan APS untuk menilai:
- Tahap kesakitan
- Tahap sedasi
- Loya
- Komplikasi lain
- Memberi sokongan sebelum pesakit dirujuk ke unit paliatif atau onkologi jika diperlukan.
6. Unit Rawatan Rapi (ICU)
- ICU HPP mempunyai 25 katil untuk pesakit kritikal.
- Pengurusan bersama pesakit di:
- High-Dependency Unit (HDU)
- Unit ICU khusus lain (kardiologi, neurosurgeri, perubatan)
- Menyokong pesakit yang memerlukan ventilasi atau rawatan kritikal di luar ICU sementara menunggu kemasukan, termasuk pesakit dengan prognosis terhad.
- Menawarkan sokongan rawatan rapi seperti ECMO melalui kolaborasi dengan pasukan Anestesia CTC.
7. Sokongan ICU
- Menyediakan bantuan pernafasan dan pemantauan hemodinamik melalui unit khusus.
- Menguruskan bekalan gas perubatan (contoh: oksigen) untuk keperluan kritikal.
8. Latihan, Pendidikan&Penyelidikan
- Pusat latihan untuk:
- Doktor pakar anestesiologi
- Subspecialis Perubatan Kesakitan
- Subspesialis rawatan rapi
- Anestesia neuro dan regional
- Jururawat ICU
- Aktif dalam audit klinikal dan penyelidikan, termasuk kerjasama dengan National Audit for Jabatan AnesthesiologI Dan Rawatan Kritika.
- Menyokong latihan pelajar perubatan, jururawat anestesia, dan jururawat ICU untuk membina kepakaran masa depan dalam rawatan kritikal.