Pengenalan
JABATAN PEDIATRIK KARDIOLOGI
PENGENALAN
Jabatan Pediatrik Kardiologi, Hospital Pulau Pinang, menyediakan kepakaran umum dan subkepakaran dan berfungsi sebagai pusat perkhidmatan dan rujukan tertiary zon utara Semenanjung Malaysia. Subkepakaran Pediatrik Kardiologi termasuklah perkhidmatan di ICL.
Tiga perkhidmatan teras jabatan Pediatrik kardiologi adalah perkhidmatan pesakit luar,perkhidmatan pesakit dalam dan Invasive Cardiac Laboratory. Pekhidmatan pesakit luar dijalankan di Klinik Pediatrik iaitu terletak di Tingkat 1 bangunan ACC, Hospital Pulau Pinang. Manakala perkhidmatan pesakit dalam pula melibatkan perawatan di wad NICU, Wad NNW, PICU, CRW, CICU, ward C1, C2 dan C3. Perkhidmatan di Invalsif Cardiac Laboratory (ICL) dijalankan di Bilik ICL yang terletak di bagunan blok B, aras bawah. Jabatan pediatrik kardiologi mula beroperasi pada bulan Januari 2006.
Visi Jabatan Pediatrik Kardiologi
Jabatan pediatrik Kardiologi Hospital Pulau Pinang akan menjadi Pusat rujukan tertiary untuk rawatan penyakit jantung kanak-kanak Wilayah Utara Semenanjung Malaysia yang memberi perkhidmatan yang bermutu dan berubah mengikut teknologi terkini kearah peningkatan kualiti hidup kanak-kanak untuk mewujudkan masyarakat yang bermaklumat terhadap penyakit jantungkanak-kanak dan menghargai Kesihatan kanak-kanak sebagai asset yang bernilai bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.
Misi jabatan Pediatrik Kardiologi
Jabatan Pediatrik Kardiologi akan menyediakan perkhidmatan rawatan diagnostik, kuratif, pemulihan yang efisien berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek latihan, pembagunan serta memastikan nilai-nilai budaya korperat diterapkan pada setiap lapisan anggota Kesihatan.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan terbahagi kepada 2 iaitu pesakit dalam dan pesakit luar
1. Pesakit dalam
Perkhidmatan pesakit dalam melibatkan wad pediatrik iaitu wad C1, C2, C8, NICU, PICU, NNW bagi pesakit pediatrik. Untuk Pesakit dewasa pula pesakit yang terlibat adalah di wad A1, C8, CRW, CCU dan CICU. Pesakit yang berada diwad-wad ini juga adalah pesakit yang akan menjalani pembedahan jantung oleh Jabatan Kardiothorasik Hospital Pulau Pinang atau pesakit pesakit yang akan dihantar hospital lain seperti Institut Jantung Negara, Hospital Sultan Idris Shah bagi rawatan jantung secara spesifik yang melibatkan pembedahan Open Heart Surgery.
Bagi pesakit yang telah dijadualkan untuk melalui prosedur di Makmal Invasif Kardiac (ICL) juga akan dimasukkan ke wad sehari sebelum prosedur dijalankan. Antara prosedur yang dijalankan di ICL adalah:
|
Jenis ujian/prosedur |
Penerangan ringkas |
|
Diagnostik Catheterization |
Menilai struktur dan fungsi jantung serta saluran darah koronari (arteri jantung) |
|
PDA Device Occlusion |
Prosedur penutupan salur darah yang tidak normal pada jantung (Patent Ductus Arteriosus atau PDA) menggunakan alat khas (device) yang dimasukkan melalui kateter tanpa pembedahan terbuka. |
|
ASD Device Occlusion |
Prosedur menutup lubang antara dua atrial jantung (ASD) menggunakan alat khas (device) melalui kateter tanpa perlu pembedahan terbuka.Ianya satu kaedah moden,selamat dan kurang invasive berbanding pembedahan terbuka. |
|
VSD Device Occlusion |
Prosedur menutup lubang antara dua ventrikel jantung (VSD) menggunakan alat khas (device) melalui kateter tanpa perlu pembedahan terbuka.Ianya satu kaedah moden,selamat dan kurang invasive berbanding pembedahan terbuka. |
|
Angiografi Koronari (COROS) |
Prosedur invasif di makmal kardiak menyuntik bahan kontras untuk melihat saluran darah jantung. |
|
Prosedur “Stenting” -PDA -RPA -LPA -COARCTATION OF AORTA |
Dalam konteks kardiologi pediatrik atau vascular adalah menyokong salur darah sempit atau tersumbat menggunakan stent logam atau bersalut ubat yang dimasukkan melalui kateter tanpa pembedahan terbuka. |
|
Prosedur Percutaneous Transvenous Balloon Valvuloplasty (PTBV) |
Prosedur invasive minima yang dilakukan untuk membuka injap jantung yang sempit dengan belon kecil dimasukkan melalui salur darah bagi memulihkan aliran darah serta fungsi jantung. |
2. Pesakit luar
Perkhidmatan pesakit luar melibatkan pesakit yang datang untuk tujuan diagnostik seperti jadual dibawah :
|
Jenis ujian/prosedur |
Penerangan ringkas |
|
Elektrokardiogram (ECG) |
Mengukur aktiviti elektrik jantung untuk mengesan rentak abnormal,aritmia atau serangan jantung. |
|
Ekokardiogram (Echocardiography) |
Menggunakan gelombang bunyi(ultrasound) untuk melihat struktur dan fungsi jantung |
|
Ujian Stress Test (EST) |
Menguji tindak balas jantung semasa senaman contohnya Treadmill |
|
Holter Monitoring |
Alat mudah alih yang merekod aktiviti jantung selama 24-72 jam bergantung kepada simptom pesakit |
|
Permanent Pacemaker Check (PPM) |
Pemeriksaan berkala pada alat pacu jantung kekal yang telah dipasang pada pesakit bagi memastikan pacemaker berfungsi dengan baik,mengawal denyutan jantung dengan tepat,dan mengesan sebarang masalah awal. |
|
6 minute walk test (6MWT) |
Ujian senaman mudah yang digunakan untuk menilai fungsi fizikal dan kapasiti senaman pesakit jantung. |
3. Klinik Lawatan (Visiting Clinic)
Perkhidmatan rawatan pakar yang dijalankan secara berkala oleh doktor pakar dari Jabatan Pediatrik Kardiologi Hospital Pulau Pinang ke Hospital Seberang Jaya dan Hospital Sultanah Bahiyah pada hari yang dijadualkan untuk memberi rawatan kepada pesakit disana tanpa pesakit perlu pergi ke Hospital Pulau Pinang.
|
Lokasi |
Hari |
|
Hospital Seberang Jaya, Seberang Jaya |
Setiap hari Isnin dan Selasa |
|
Hospital Sultanah Bahiyah,Alor Setar |
Setiap Isnin minggu pertama setiap bulan |
4. Lawatan Pakar
|
Hospital |
Kekerapan |
|
Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru |
1 kali/2 bulan |
|
Hospital Queen Elizabeth 2, Sarawak |
1-2 kali/tahun |
|
Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang |
1-2 kali/tahun |
|
Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan |
1 kali/tahun |
5. Perkhidmatan Kecemasan
Prosedur kecemasan yang memerlukan tindakan segera seperti prosedur:
|
Jenis ujian/prosedur |
Penerangan ringkas |
|
Balloon Arterial Septostomy (BAS) |
menstabilkan oksigenasi bayi yang mempunyai kecacatan jantung kongenital |
|
Temporary Pacemaker(TPM) |
menstabilkan fungsi elektrik jantung |
|
Pericardial Drainage/ Pericardiocentesis |
prosedur penting dan menyelamatkan nyawa untuk mengeluarkan cecair berlebihan dalam kantung pericardium yang boleh menekan jantung dan menyebabkan cardiac tamponade |
Waktu Operasi
|
Hari |
Waktu |
Perkhidmatan |
|
ISNIN |
8.00 pagi - 1.00 petang |
Temujanji pesakit luar dan functional study |
|
REHAT 1.00 petang - 2.00 petang |
||
|
2.00 petang - 5.00 petang |
Menerima kes rujukan dari lain-lain wad dan rujukan dari hospital-hospital lain |
|
|
SELASA |
8.00 pagi - 1.00 petang |
Temujanji pesakit luar |
|
REHAT 1.00 petang - 2.00 petang |
||
|
2.00 petang - 5.00 petang |
Menerima kes rujukan dari lain-lain wad dan rujukan dari hospital-hospital lain |
|
|
RABU |
8.00 pagi - 1.00 petang |
Temujanji pesakit luar dan kes baru |
|
REHAT 1.00 petang - 2.00 petang |
||
|
2.00 petang - 5.00 petang |
Menerima kes rujukan dari lain-lain wad dan rujukan dari hospital-hospital lain |
|
|
KHAMIS |
8.00 pagi hingga kes selesai |
PROSEDUR ICL di Makmal Invasif Kardiak, BLOK B |
|
JUMAAT |
8.00 pagi - 1.00 petang |
Pemeriksaan susulan bagi pesakit post ICL/CATH dan kes rujukan dari wad-wad lain |
|
REHAT 12.15 petang - 2.45 petang |
||
|
2.45 petang - 5.00 petang |
Menerima kes rujukan dari lain-lain wad dan rujukan dari hospital-hospital lain |
|
*Hari kelepasan Am dan Cuti Am tidak beroperasi
*Cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad) tidak beroperasi