Pengenalan
Unit Genetik Pulau Pinang merupakan pusat rujukan tertiari Zon Utara Semenanjung Malaysia untuk 6.7 juta rakyat di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia. Klinik Genetik adalah unik berbanding dengan bidang kepakaran yang lain kerana perkhidmatan yang diberikan merangkumi semua bidang atau disiplin perubatan, seluruh keluarga menerusi beberapa generasi dan tidak terhad mengikut usia, termasuk kanak-kanak, dewasa, pesakit obstetrik dan kanser.
Perkhidmatan
1. Pusat Rawatan
Perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan pesakit luar dan perkhidmatan pesakit dalam. Rujukan untuk perkhidmatan pesakit dalam merangkumi pelbagai disiplin pediatrik dan dewasa di seluruh hospital.
- Klinik Pakar Pesakit Luar (kes baru dan kes susulan)- mendiagnos dan memberi rawatan penyakit genetik, perkhidmatan kaunseling genetik, memberi sokongan psikososial serta melaksanakan ujian genetik yang bersesuaian.
- Klinik Pakar Kanser Genetik- memberi kaunseling genetik serta sokongan psikososial, dan melakukan ujian genetik yang bersesuaian kepada pesakit dan ahli-ahli keluarga yang berisiko
- Klinik Pakar Multi-disiplin dengan jabatan dan pakar lain seperti Neurologi, Fisioterapi dan Rehabilitasi untuk Klinik Neurogenetik. Bagi Klinik Prader Willi Syndrome serta Klinik Metabolik [Inherited Metabolic Diseases] dijalankan bersama Jabatan Dietetik.
- Infusi terapi gantian enzim dijalankan di Unit Rawatan Harian untuk penyakit Lisosom
- Rawatan kecemasan untuk pesakit di wad yang mengalami masalah akut seperti krisis metabolik (metabolic crisis)
2. Pusat Latihan
Unit Genetik menjadi pusat latihan bagi pelajar Sarjana Kaunseling Genetik [MSc in Genetic Counselling, HUKM], pelajar perubatan RUMC dan melatih Pegawai Perubatan/Pakar yang menjalani latihan sangkutan dalam bidang genetik. Latihan, ceramah serta kursus dijalankan secara berkala bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran staf serta orang awam dalam bidang penyakit genetik.
3. Penyelidikan
Bekerjasama dengan makmal di dalam [NIH, IMR] dan di luar negara [Singapura, Jepun, Korea, UK] secara kolobrasi dalam mendiagnos penyakit genetik yang kompleks
4. Advokasi untuk Penyakit Jarang Jumpa [Rare Disorders]
Bekerjasama dengan Genetic Counselling Society Malaysia [GCSM], pelbagai Patient Advocacy Groups [PAGs] dan pengubal dasar [policy makers] untuk merangka dan merealisasikan pelan tindakan untuk dasar penyakit jarang jumpa kebangsaan [National Rare Disease Policy]
Waktu Operasi
|
|
8 pagi – 1 petang |
2 petang – 5 petang |
|
Isnin |
Klinik rujukan baru genetik/metabolik |
Kes rujukan wad/ hospital lain |
|
Selasa |
Klinik ulangan genetik |
Kes rujukan wad/ hospital lain |
|
Rabu |
Klinik Metabolik/ Kanser genetik/ Prader Willi |
Kes rujukan wad/ hospital lain |
|
Khamis |
Kes rujukan wad/ hospital lain |
Klinik neurogenetik |
|
Jumaat |
Enzyme Replacement Therapy |
|
* Hari kelepasan Am dan Cuti Am tidak beroperasi
* Cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad) tidak beroperasi