Pengenalan
JABATAN DIETETIK & SAJIAN
PENGENALAN
Jabatan Dietetik dan Sajian merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal di Hospital Pulau Pinang. Jabatan Dietetik dan Sajian terbahagi kepada dua jenis perkhidmatan iaitu Perkhidmatan Dietetik dan Perkhidmatan Sajian Makanan. Lokasi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah bersebelahan dengan bangunan penjara dan disambungkan dengan blok C hospital di tingkat satu. Premis dapur bagi penyediaan sajian makanan terletak di tingkat bawah manakala pejabat Jabatan Dietetik dan Sajian adalah di tingkat satu. Klinik Dietetik bagi pesakit luar juga terletak di ruang pejabat Jabatan Dietetik dan Sajian.
Fungsi utama Jabatan Dietetik dan Sajian ialah menyediakan perkhidmatan medical nutrition therapy (MNT) kepada pesakit dalam dan luar manakala Perkhidmatan Sajian Makanan pula dijalankan oleh Syarikat Outsource yang ditawarkan kontrak. Anggota Jabatan Dietetik dan Sajian akan menjalankan pemantauan ke atas syarikat ini supaya perkhidmatan makanan yang diberikan patuh kepada kontrak yang berkuatkuasa.
Visi Jabatan Dietetik dan Sajian
Menjadi peneraju kecemerlangan dalam pengurusan dietetik dan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.
Misi Jabatan Dietetik dan Sajian
Misi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. Perkhidmatan Dietetik:
Memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
ii. Perkhidmatan Sajian Makanan:
Menyediakan perkhidmatan makanan sihat, berkualiti dan dijamin selamat menepati keperluan pelanggan dengan mengutamakan inovasi, perkembangan teknologi terkini dan melaksanakan penyelidikan serta mempromosi perkhidmatan makanan kepada komuniti.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan Jabatan Dietetik dan Sajian meliputi dua (2) perkhidmatan iaitu:
Perkhidmatan Dietetik
i. Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy (MNT) secara individu kepada pesakit dalam yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan (pengamal perubatan).
ii. Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy (MNT) secara individu kepada pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan (pengamal perubatan).
iii. Perkhidmatan Medical Nutrition Therapy (MNT) secara konsultasi berkumpulan kepada pesakit dan ahli keluarga yang disasarkan.
iv. Penyampaian sesi pembelajaran berterusan / khidmat pakar rujuk kepada anggota hospital/ agensi luar yang berkenaan/ orang awam.
v. Aktiviti promosi kesihatan yang dianjurkan oleh hospital/ KKM dan agensi luar.
vi. Penyelidikan dan aktiviti kualiti.
Perkhidmatan Sajian Makanan
i. Membekalkan diet biasa dan teraputik kepada semua pesakit termasuk Ibu Mengiringi Anak (MAC), wad pemerhatian, wad rawatan harian, hemodialysis serta anggota yang layak dengan mematuhi pekeliling dan prosedur semasa Kementerian Kesihatan Malaysia.
ii. Melibatkan diri dalam perancangan menu dan ujirasa makanan.
iii. Bertanggungjawab dalam melaksanakan pemantauan operasi perkhidmatan makanan secara outsource secara berjadual.
vii. Melaksanakan program jaminan keselamatan makanan GMP dan HACCP juga memastikan program berjalan secara berterusan.
viii. Penyelidikan dan aktiviti kualiti.
Waktu Operasi
a) Perkhidmatan dietetik kepada pesakit dalam adalah pada setiap hari bekerja (waktu pejabat) kecuali hari Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am. Bagi perkhidmatan dietetik pesakit luar, perkhidmatan diberikan mengikut jadual klinik sedia ada dan tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa. Waktu operasi Unit Dietetik adalah seperti berikut:
|
UNIT DIETETIK |
|
|
lsnin hingga Khamis |
Jumaat |
|
8.00 pagi - 1.00 petang |
8.00 pagi - 12.15 tengah hari |
|
2.00 petang - 5.00 petang |
2.45 petang - 5.00 petang |
|
REHAT |
|
|
1.00 petang - 2.00 petang |
12.15 tengahari - 2.45 petang |
*Perkhidmatan pesakit luar adalah mengikut jadual klinik yang telah ditetapkan.
b) Perkhidmatan sajian makanan kepada pesakit adalah pada setiap hari termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am seperti waktu berikut:
|
UNIT SAJIAN |
|
|
lsnin hingga Khamis |
Jumaat |
|
6.30 pagi - 1.00 petang |
6.30 pagi - 12.15 tengah hari |
|
2.00 petang - 6.30 petang |
2.45 petang - 6.30 petang |
|
REHAT |
|
|
1.00 petang - 2.00 petang |
12.15 tengahari - 2.45 petang |
*Pegawai Unit Sajian JDS akan ditugaskan memantau perkhidmatan sajian makanan oleh syarikat outsource secara bergilir pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am.