Pengenalan
JABATAN ORTOPEDIK & TRAUMATOLOGI HPP
PENGENALAN
Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, Hospital Pulau Pinang (HPP) merupakan salah satu perkhidmatan di bawah Direktorat Pembedahan di HPP. Ia memberikan perkhidmatan rawatan kepakaran dalam bidang Ortopedik yang berkualiti, komprehensif, cekap dan profesional kepada semua lapisan masyarakat di samping memberi keutamaan kepada perkhidmatan yang mesra pelanggan. Perkhidmatan Ortopedik Hospital Pulau Pinang merupakan pusat rujukan bagi kes-kes yang berkaitan dengan perawatan Ortopedik dan Traumatologi bagi hospital-hospital yang berhampiran di Pulau Pinang dan juga Kes-kes yang dirujuk dari Hospital-hospital dan pengamal perubatan swasta utara semenanjung.
Semua anggota yang bertugas di jabatan ini sentiasa berusaha untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan para pelanggan mencapai taraf kesihatan yang optimum dan memenuhi ekspektasi.
Visi Jabatan Ortopedik
Memberi khidmat profesional dan perawatan pesakit yang mempunyai tahap kualiti tertinggi dalam Perkhidmatan Ortopedik & Traumatologi.
Misi Jabatan Ortopedik
- Memberi khidmat yang komprehensif, efisien, moden serta kos-efektif dengan mengutamakan pesakit untuk pemulihan fungsi yang optima.
- Meningkatkan latihan, penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ortopedik & traumatologi.
- Membangun dan memajukan bidang pengkhususan ortopedik di hospital ini.
- Mengekalkan status sebagai pusat rujukan negeri dan seterusnya berkembang sebagai pusat rujukan utara semenanjung.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Jabatan Ortopedik dan Traumatologi HPP menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
Perkhidmatan Pesakit Luar Ortopedik (Klinik Pakar) dijalankan 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
- Perkhidmatan Pesakit Luar Komplikasi Kaki Berkudis Diabetik (Foot Diabetes) dijalankan 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
- Perkhidmatan Pesakit Dalam Ortopedik dijalankan 24 jam.
- Pembedahan Ortopedik dijalankan 24 jam.
- Perkhidmatan ortopedik di jabatan kecemasan dijalankan 24 jam.
Di samping pembedahan Ortopedik rutin, jabatan ini juga menawarkan pembedahan berikut kepada kes-kes yang memerlukan:
- Trauma
- General Orthopaedic
- Paediatric Orthopaedic
- Arthroplasty
- Spinal Surgery
- Upper Limb And Micro Surgery
- Arthroscopy And Sport Surgery
- Orthopaedic Oncology
Pusat Latihan Perkhidmatan Ortopedik:
- Latihan Sub-Kepakaran (Fellow)
- Latihan Pakar Ortopedik (Master Program)
- Pegawai Perubatan Siswazah
- Post Basik Perawatan Ortopedik
- Basic Student - Penolong Pegawai perubatan dan Jururawat
- Medical Student dari Universiti Tempatan dan Swasta
- Lain-lain Paramedik.
Waktu Operasi
Skop Perkhidmatan Klinik Pakar Ortopedik
Klinik Pakar Ortopedik memberikan perkhidmatan rawatan kepada semua pesakit yang mempunyai tarikh temujanji pada hari Isnin hingga Jumaat yang merangkumi kes-kes umum Ortopedik. Pengambilan tarikh temujanji boleh dibuat pada waktu pejabat sama ada melalui panggilan telefon di talian terus 04-2225134 ataupun datang sendiri ke kaunter pendaftaran di klinik. Jadual operasi klinik adalah seperti berikut:
