Pengenalan
JABATAN PEMBEDAHAN AM
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Am Hospital Pulau Pinang mula berkhidmat pada tahun 1955 di bawah Ketua Jabatannya yang pertama; Dr. SMA Alhady.
Jabatan ini kini menyediakan perkhidmatan pembedahan kecemasan dan elektif kepada penduduk-penduduk di seluruh negeri Pulau Pinang.
Jabatan ini juga merupakan salah satu pusat rujukan untuk kes-kes pembedahan dari kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Jabatan ini juga terlibat dalam menjalankan latihan pelajar perubatan, pakar bedah dan subkepakaran.
VISI
Wujud sebagai jabatan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan penjagaan kesihatan di wilayah utara semenanjung Malaysia.
MISI
Menyediakan perkhidmatan rawatan kuratif, diagnostik dan pemulihan yang efisien, berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek latihan dan penyelidikan serta memastikan nilai-nilai budaya korporat diterapkan dalam setiap lapisan anggota kesihatan.

