Pengenalan
JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Pulau Pinang merupakan pusat rujukan utama zon utara bagi pengurusan kes-kes obstetrik dan ginekologi berisiko tinggi. Jabatan menyediakan perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam, perkhidmatan kecemasan, pembedahan serta rawatan multidisiplin melibatkan ibu dan bayi.
LATAR BELAKANG
Perkhidmatan O&G dijalankan di Klinik O&G (Blok ACC), Patient Admission Centre (PAC), Dewan Bersalin, High Dependency Area (HDA), Wad Obstetrik ACC, Wad Obstetrik Blok D, Early Pregnancy Assessment Unit (EPAU) serta Wad Ginekologi C13.
VISI JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI
Memberi perkhidmatan berkualiti melalui kerja berpasukan, sifat penyayang dan profesionalisme demi memenuhi kepuasan pelanggan.
MISI JABATAN OBSTETRIK & GINEKOLOGI
Menyediakan perkhidmatan kepakaran obstetrik dan ginekologi yang selamat, efektif dan berkualiti melalui kerja berpasukan multidisiplin dengan mengutamakan keselamatan pesakit.
Perkhidmatan
A. SKOP PERKHIDMATAN
- Perkhidmatan Klinik O&G
- Perkhidmatan antenatal dan postnatal
- Perkhidmatan ginekologi termasuk uro-ginekologi
- Perkhidmatan pembedahan (elektif dan kecemasan)
- Perkhidmatan Maternal–Fetal Medicine termasuk detail scan
- Perkhidmatan reproduktif & kesuburan
- Perkhidmatan PAC (24 jam)
- Perkhidmatan EPAU (24 jam)
- Perkhidmatan Dewan Bersalin & HDA
- Perkhidmatan Wad Obstetrik & Wad Ginekologi
JADUAL PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

JADUAL PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

Waktu Operasi
KLINIK O&G (PESAKIT LUAR)
• Beroperasi Isnin hingga Jumaat:
8.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
• Ditutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am.
• Waktu Rehat
Isnin hingga Khamis 1.00 petang - 2.00 petang
Jumaat 12.15 tengahari - 2.45 petang
PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
• Beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
• Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am melibatkan:
Rondaan wad, perkhidmatan on-call dan pengurusan kes kecemasan