𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 (𝐇𝐏𝐏) berbesar hati menerima kunjungan rasmi pertama 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐃𝐫. 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐳𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 selepas beliau melapor diri sebagai 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢, 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠.

Turut mengiringi beliau ialah 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐃𝐫. 𝐏𝐫𝐞𝐦𝐚𝐥𝐨𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐚/𝐩 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐧𝐚𝐭𝐡𝐚𝐧, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat di 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 yang meliputi latar belakang hospital, operasi perkhidmatan, pencapaian serta cabaran semasa yang dihadapi oleh pihak hospital.

Seterusnya, 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐃𝐫. 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐳𝐳𝐚𝐦 diiringi oleh 𝐃𝐫. 𝐆𝐨𝐡 𝐇𝐢𝐧 𝐊𝐰𝐚𝐧𝐠, Pengarah Hospital Pulau Pinang, telah mengadakan tinjauan ke 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢, 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐟𝐮𝐬𝐢 serta 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚.

Tinjauan ini memberi peluang kepada beliau untuk melihat sendiri penyampaian perkhidmatan, aliran pengurusan pesakit serta tahap kesiapsiagaan petugas dalam memastikan rawatan yang diberikan adalah selamat, cekap dan berkualiti.

Lawatan ini mencerminkan komitmen kepimpinan 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 dalam memperkukuh hubungan strategik bersama fasiliti kesihatan di negeri ini, di samping memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan sentiasa memenuhi keperluan rakyat serta selaras dengan aspirasi 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐊𝐊𝐌) untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berpusatkan pesakit.

Seluruh warga 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐃𝐫. 𝐙𝐮𝐥𝐡𝐢𝐳𝐳𝐚𝐦 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 atas pelantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Semoga kepimpinan beliau terus memacu kecemerlangan perkhidmatan kesihatan di negeri ini demi kesejahteraan masyarakat.

hari jururwat sedunia 2025 peringkat hpp