𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 (𝐇𝐏𝐏) melalui 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 menerima sumbangan sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk bersempena program 𝐁𝐮𝐛𝐮𝐫 𝐋𝐚𝐦𝐛𝐮𝐤 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 yang berlangsung di perkarangan hospital baru-baru ini.

✨ Program dikendalikan oleh:

  • 𝐃𝐓𝐚𝐧𝐝𝐨𝐨𝐫 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 𝐨𝐟 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐚𝐮𝐫𝐚𝐧𝐭
  • 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐓𝐘𝐓

💡 Tujuan: Menyemarakkan semangat kebersamaan dan nilai 𝐢𝐡𝐬𝐚𝐧 sepanjang bulan Ramadan.

🥣 Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk diagihkan kepada warga kerja 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 sebagai penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memberikan perkhidmatan kesihatan.

🌟 Turut hadir:

  • 𝐘𝐁 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐉𝐨𝐬𝐡𝐮𝐚 𝐖𝐨𝐨 𝐒𝐳𝐞 𝐙𝐞𝐧𝐠, ADUN Pulau Tikus
  • 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐑𝐨𝐬𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝, CEO 𝐘𝐚𝐲𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐥 𝐓𝐘𝐓
  • 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐃𝐫 𝐅𝐚𝐳𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐡𝐚𝐢𝐤 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐮𝐝𝐢𝐧, Pengarah Kesihatan Negeri
  • 𝐘𝐁𝐡𝐠 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐒𝐚𝐢𝐝 𝐇𝐮𝐬𝐬𝐢𝐧, Ahli Lembaga Pengarah 𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍
  • 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐉𝐚𝐦𝐚𝐥𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐇𝐌, wakil Pengerusi 𝐃𝐓𝐚𝐧𝐝𝐨𝐨𝐫 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐆𝐫𝐨𝐮𝐩 𝐨𝐟 𝐑𝐞𝐬𝐭𝐚𝐮𝐫𝐚𝐧𝐭
  • 𝐃𝐫 𝐆𝐨𝐡 𝐇𝐢𝐧 𝐊𝐰𝐚𝐧𝐠, Pengarah 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠

🤝 Program ini bukan sahaja mengimarahkan Ramadan, malah memperkukuhkan hubungan antara pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi kesihatan dalam menyantuni barisan hadapan yang sentiasa komited berkhidmat untuk rakyat.

hari jururwat sedunia 2025 peringkat hpp