Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Taib telah mengadakan lawatan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini bagi menziarahi kakitangan beliau yang sedang menerima rawatan di HPP.
Lawatan TYT ke Hospital Pulau Pinang ini mencerminkan keprihatinan beliau terhadap kebajikan kakitangannya yang ditimpa musibah.
Turut mengiringi TYT dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Hospital Pulau Pinang, Dr Goh Hin Kwang, Timbalan Pengarah Perubatan (I), Dr Maheshvar a/l Balan, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Puan Ambika Devi a/p Daran serta Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr Cheng Ming Hann.
TYT meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk menziarahi pesakit dan menyampaikan kata-kata semangat serta sokongan moral kepada ahli keluarga yang hadir.
