Satu lawatan kerja telah diadakan ke 𝐄𝐧𝐭𝐨𝐩𝐢𝐚, Batu Ferringhi oleh delegasi daripada 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 (𝐇𝐏𝐏) bagi meninjau lebih dekat pelaksanaan Program Entopia Feed — sebuah inisiatif pengurusan sisa makanan berasaskan kelestarian yang menggunakan larva lalat tentera hitam atau Black Soldier Fly Larva (𝐁𝐒𝐅𝐋) sebagai agen penguraian biologi.

Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai kerjasama strategik antara HPP dan Entopia dalam menguruskan sisa dapur dan lebihan makanan secara sistematik dan mesra alam.

Inisiatif ini merupakan usaha perintis oleh HPP, menjadikan hospital ini sebagai hospital kerajaan pertama di Pulau Pinang yang menjalinkan kerjasama strategik bersama sektor swasta dalam menangani sisa makanan secara mampan. Langkah ini mencerminkan komitmen sektor kesihatan sebagai pemacu perubahan ke arah pengurusan sisa yang lebih hijau dan mampan.

Untuk makluman, HPP secara purata menghasilkan sekitar 𝟏,𝟐𝟎𝟎 𝐤𝐠 sisa dapur dan makanan setiap hari. Sisa ini dikutip oleh pihak Entopia sebanyak 4 kali seminggu untuk diproses menggunakan teknologi BSFL.

Delegasi lawatan diketuai oleh 𝐃𝐫. 𝐆𝐨𝐡 𝐇𝐢𝐧 𝐊𝐰𝐚𝐧𝐠, Pengarah Hospital Pulau Pinang, bersama wakil daripada:

  • Unit Kejuruteraan Hospital
  • Jabatan Dietetik & Sajian
  • Edgenta Mediserve Sdn. Bhd.

🔍 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 “𝐄𝐍𝐓𝐎𝐏𝐈𝐀 𝐅𝐄𝐄𝐃” (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀 𝟏𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈):

🔹 Pengasingan dan penghancuran sisa makanan

🔹 Pemberian makan larva BSFL (feeding process)

🔹 Proses pembalikan dan pencampuran (mixing & turning process)

🔹 Proses penapisan (sieving process)

🔹 Proses pengeringan (drying process)

🔹 Proses pengisaran (blending process)

Hasil akhir proses ini ialah baja organik berkualiti tinggi yang boleh dimanfaatkan untuk pertanian, landskap dan tanaman hiasan — pendekatan berinovatif “𝐟𝐫𝐨𝐦 𝐰𝐚𝐬𝐭𝐞 𝐭𝐨 𝐟𝐞𝐫𝐭𝐢𝐥𝐢𝐳𝐞𝐫”.

Kerjasama ini merupakan salah satu Langkah proaktif dalam menyokong sasaran pengurangan sisa ke tapak pelupusan (landfill), sejajar dengan aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (𝐊𝐊𝐌) untuk memperkukuh amalan lestari dan inisiatif hijau di fasiliti kesihatan seluruh negara.

 

 

hari jururwat sedunia 2025 peringkat hpp