Yang Berhormat Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek dalam pelaksanaan di Hospital Pulau Pinang, melibatkan tiga projek utama seperti berikut:

1. Projek Pembinaan Blok Wanita dan Kanak-Kanak yang bernilai RM307 juta.

2. Projek Pembinaan Blok Baharu Pusat Perkhidmatan Stem Sel yang bernilai RM23 juta.

3. Projek Pembinaan Blok Klinik Pakar dan Wad yang bernilai RM428 juta.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau status kemajuan projek-projek tersebut serta mengenal pasti sebarang isu yang dihadapi sepanjang pelaksanaan, bagi memastikan setiap projek kekal berada pada landasan yang betul.

Yang Berhormat Tuan Gooi Zi Sen memaklumkan bahawa seiring dengan pembangunan kemudahan dan fasiliti secara holistik di Hospital Pulau Pinang serta inisiatif berterusan daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau yakin mutu perkhidmatan kesihatan akan terus ditambah baik dan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat negeri ini.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBrs. Dr. Premalosini @ Maria A/P G. Ramanathan, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Pn. Lailatul Akmal Binti Abdul Rauf (Ketua Jurutera Negeri), YBrs. Dr. Goh Hin Kwang (Pengarah Hospital Pulau Pinang) wakil Pasukan Projek Khas 1, JKR Malaysia, wakil Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, kontraktor projek serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang.

 

 

hari jururwat sedunia 2025 peringkat hpp