anjungkasih

KEMUDAHAN PENGINAPAN UNTUK WARIS PESAKIT

Sebagai kemudahan kepada waris-waris yang menjaga pesakit di wad, pihak Hospital Pulau Pinang ada menyediakan asrama penginapan di Anjung Kasih.

Borang permohonan boleh didapati di kaunter wad di mana pesakit berada.

PERATURAN PENGINAPAN ANJUNG KASIH

Peraturan dan syarat ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh mereka yang telah diberi kebenaran untuk menginap di Anjung Kasih.

  1. Permohonan penginapan di Anjung Kasih hanya terbuka kepada waris pesakit yang berumur 18 tahun ke atas. Ianya terhad kepada dua (2) orang waris bagi seorang pesakit. Keutamaan diberi kepada waris yang tinggal di luar Pulau Pinang.
  2. Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Penginapan Balai Sri Tanjung. Jangkamasa penginapan yang ditetapkan adalah tiga (3) hari sahaja. Permohonan penginapann yang melebihi tiga (3) hari boleh dipertimbangkan dengan memperbaharui permohonan penginapan dengan menggunakan Borang Permohonan Lanjutan Penginapan Anjung Kasih.
  3. Penginap tidak dibenarkan sama sekali makan dan minum di bilik penginapan.
  4. Penginap tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk peralatan elektrik, barnagan larangan dan merbahaya seperti dadah, arak, senjata tajam dan lain-lain yang seumpama dengannya di dalam kawasan Anjung Kasih.
  5. Penginap tidak dibenarkan merokok dan memasak di dalam kawasan Anjung Kasih.
  6. Penginap lelaki tidak dibenarkan berasa di kawasan bilik tidur wanita dan sebaliknya penginap wanita dilarang sama sekali berasa di kawasan bilik tidur lelaki.
  7. Penginap bertanggungjawab terhadap kebersihan bilik tidur dan juga kawasan sekitar Anjung Kasih.
  8. Harta benda dan barangan sendiri adalah menjadi tanggungjawab penginap sendiri. Pihak Pengurusan Anjung Kasih, Hospital Pulau Pinang tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan, kehilangan atau kerosakan harta benda penginap semasa menginap di Anjung Kasih.
  9. Penginap juga tidak boleh menuntut apa-apa gantirugi daripada pihak Pengurusan Hospital sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.
  10. Penginap dari semasa ke semasa hendaklah patuh kepada semua arahan yang diberikan oleh warden atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menjaga Anjung Kasih.
  11. Penginap dikehendaki berada di Anjung Kasih sebelum pukul 12.00 malam. Pintu pagar Anjung Kasih akan ditutup mulai jam 12.00 malam hingga jam 5.00 pagi setiap hari.
  12. Sekiranya terdapat pelanggaran peraturan oleh penginap, pihak Pengurusan Hospital boleh mengarahkan penginap keluar dari Anjung Kasih.