Pengenalan
SEKSYEN PERPUSTAKAAN
PENGENALAN
Perkhidmatan Perpustakaan Hospital Pulau Pinang ditubuhkan pada awal tahun 1960-an dan mula beroperasi di Aras 4 di Blok Pusat Rawatan Harian (ACC) mulai tahun 2007. Perpustakaan berfungsi sebagai pusat sumber rujukan maklumat berguna khususnya dalam bidang perubatan. Kemudahan berteknologi terkini membolehkan maklumat diakses dengan lebih pantas dan mudah. Untuk mencapai visi sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
- Virtual Library
Virtual library ialah projek digital dibangunkan oleh Bahagian Telehealth, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama dengan 8 perpustakaan KKM termasuk Hospital Pulau Pinang. Projek ini menyediakan kemudahan mengakses kepada maklumat berkaitan dengan perubatan dan kesihatan. Ianya boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja selagi pengguna mempunyai capaian Internet. Pengguna boleh melayari portal http://vlib.moh.gov.my/cms/index.jsp. Maklumat yang disediakan di dalam Virtual Library adalah seperti :
- Database
- Journals
- Online Public Access Catalogue (OPAC)
- U-Pustaka National Library of Malaysia
- Ministry Publications
- Knowledge Sharing
- Publication Matters
- Useful Links
- Perkhidmatan Sirkulasi
Setiap kakitangan perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat pinjaman. Pinjaman terhad kepada 2 buku dan 2 jurnal dalam satu tempoh. Tempoh pinjaman adalah selama satu (1) bulan untuk buku dan dua (2) minggu untuk jurnal/majalah umum. Pembaharuan pinjaman dibenarkan sekali sahaja dan denda dikenakan ke atas kelewatan pemulangan bahan perpustakaan yang dipinjam mengikut peraturan perpustakaan yang telah ditetapkan.
- Perkhidmatan Rujukan
Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan organisasi atau dari pangkalan data dalam dan luar Negara. Perpustakaan juga menerima pertanyaan rujukan dari luar organisasi seperti hospital lain atau agensi kerajaan yang lain.
- Perkhidmatan Internet
Ahli perpustakaan dan kakitangan hospital boleh menggunakan komputer yang disediakan di dalam bilik internat bagi tujuan pencarian dan perkongsian maklumat.
- Online Public Access Catalogue (OPAC)
OPAC merupakan satu perkhidmatan Perpustakaan Hospital Pulau Pinang bagi memudahkan pengguna untuk mengesan dan mencari koleksi perpustakaan dengan cepat dan tepat. Pengguna boleh mengakses OPAC melalui pautan ini yang disediakan ini http://10.158.99.11:8080/webopac20/
- Ruang Perbincangan
Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pengguna perpustakaan untuk menjalankan aktiviti tutorial, perbincangan atau sebagainya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak perpustakaan.
- CME Hospital
Menyelaras CME Hospital dengan menetapkan jadual pembentangan, mengeluar dan mengedar poster serta pendaftaran pada setiap hari Jumaat 8.00 – 9.00 pagi. Sebanyak 45 kali CME telah diadakan daripada 48 kali yang telah dijadualkan. Tiga CME dibatalkan atas permintaan Ketua Jabatan.