Pengenalan
JABATAN PEMBEDAHAN AM
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Am Hospital Pulau Pinang mula berkhidmat pada tahun 1955 di bawah Ketua Jabatannya yang pertama; Dr. SMA Alhady.
Jabatan ini kini menyediakan perkhidmatan pembedahan kecemasan dan elektif kepada penduduk-penduduk di seluruh negeri Pulau Pinang.
Jabatan ini juga merupakan salah satu pusat rujukan untuk kes-kes pembedahan dari kawasan Utara Semenanjung Malaysia. Jabatan ini juga terlibat dalam menjalankan latihan pelajar perubatan, pakar bedah dan subkepakaran.
Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Pembedahan Am Hospital Pulau Pinang adalah kepakaran Upper GI, Payudara, Endokrin, Kolorektal, Pediatrik, Hepatobiliari, Arteriovenous Fistula, penjagaan stoma dan luka dan juga Endoskopi.
VISI
Wujud sebagai jabatan yang cemerlang dalam setiap aspek perkhidmatan penjagaan kesihatan di wilayah utara semenanjung Malaysia.
MISI
Menyediakan perkhidmatan rawatan kuratif, diagnostik dan pemulihan yang efisien, berkesan dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek latihan dan penyelidikan serta memastikan nilai-nilai budaya korporat diterapkan dalam setiap lapisan anggota kesihatan.
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN UTAMA
Perkhidmatan yang disediakan ini dilaksanakan melalui aktiviti berikut:
Klinik Pembedahan Am
- Pesakit Luar- kes baru dan ulangan Bilik (006)
- Klinik-klinik sub-kepakaran
i. Payudara & Endokrin
ii. Hepatobiliari
iii. Kolorektal
iv. Upper Gastrointestinal
v. Pembedahan Kanak-kanak
vi. Pembedahan Vaskular
- Perkhidmatan Pembedahan:
i. Pembedahan Elektif
ii. Pembedahan Kecemasan
iii. Pembedahan Daycare
iv. Pembedahan Kecil
Perkhidmatan pesakit dalam pembedahan dijalankan di wad C9 (Lelaki), wad C10 (Lelaki), wad C11 (Perempuan),wad C2 (Kanak-kanak) dan HDA (Penjagaan rapi pembedahan).