Unit Fisioterapi
Unit Fisioterapi Hospital Kepala Batas telah mula beroperasi pada 1 April 2003. Perawatan yang diberikan merangkumi perkhidmatan untuk pesakit dalam serta luar di daerah Seberang Perai Utara. Unit ini juga menjadi pilihan pesakit dari negeri Kedah yang bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Utara seperti Tikam Batu, Kuala Muda, Pantai Merdeka dan Padang Serai kerana lokasinya yang lebih dekat. Selain daripada itu peningkatan populasi penduduk di kawasan Kepala Batas telah menyumbang kepada pertambahan bilangan pesakit dari masa ke semasa.
Bagi tahun 2014 operasi Unit Fisioterapi memfokuskan ke arah mencapai sasaran Pelan Tindakan Tahunan dan sasaran-sasaran kualiti dengan menumpukan usaha yang lebih bagi memantapkan kualiti perkhidmatan serta pentadbiran unit.
Objektif umum Unit Fisioterapi Hospital Kepala Batas adalah menjalankan rawatan dan pemulihan kepada semua pesakit yang dirujuk dengan cepat, efektif dan selamat, bertujuan mencapai suatu tahap kefungsian yang optimal dan berkualiti.
*dikemaskini pada 5 Mac 2020