Unit Farmasi Dan Bekalan

 

PENGENALAN

Unit Farmasi dan Bekalan Hospital Kepala Batas terdiri daripada empat unit utama iaitu Stor Perubatan, Farmasi Bekalan Wad/Pesakit Dalam, Farmasi Klinik Pakar dan Farmasi Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari.  Unit ini  diketuai oleh Ketua Pegawai Farmasi U48 dan perkhidmatan yang diberikan merangkumi perolehan,  bekalan, klinikal, pengeluaran dan maklumat ubat-ubatan. Pelanggan utama unit ini adalah para pesakit khasnya dan juga anggota hospital amnya. 

OBJEKTIF 

Objektif utama unit ini adalah untuk memberi perkhidmatan ‘Total Pharmaceutical Care’ dengan memastikan para pesakit memperolehi ubat yang bersesuaian, berkualiti dan mencukupi dengan penerangan yang jelas. Unit ini juga bertanggungjawab dari segi penentuan spesifikasi, kualiti, keselamatan dan rasional dalam pengambilan dan pengendalian ubat-ubatan. Selain daripada itu, unit ini juga dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perolehan dan pembekalan ubat-ubatan dan peralatan mengikut peraturan, dengan harga yang berpatutan dan pada masa yang sesuai.Bagi menepati halatuju Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia, beberapa perkhidmatan baru telah diperkenalkan di samping menambahbaik sistem sedia ada seperti sistem pendispensan secara `Unit of Use’ kepada 4 wad pesakit dalam, perkhidmatan MTAC (Medication Therapy Adherence Clinic) Diabetes, perkhidmatan maklumat ubat-ubatan serta perlaksanaan waktu anjal perkhidmatan sehingga jam 10.00 malam.Bagi memastikan masyarakat mendapat ilmu dan penerangan yang jelas tentang ubat-ubatan, unit ini juga mengambil bahagian di dalam pameran `Kenali Ubat Anda’ yang dianjurkan untuk masyarakat setempat.Selain itu untuk mempertingkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan, unit ini sentiasa menjalankan aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti dari masa ke semasa.

 

*dikemaskini pada 5 Mac 2020