Piagam Pelanggan Hospital Kepala Batas
Kami Berjanji Untuk Memberikan Perkhidmatan Secara Profesional, Selamat, Mesra, Penyayang Dan Berkualiti
- Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :
- semua kes kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta
- semua kes separa kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 minit
- lain-lain (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.
- Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
- Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
- Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
- Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
**dikemaskini pada 4 Mac 2020