Unit Kerja Sosial Perubatan
PENDAHULUAN
Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Kepala Batas Pulau Pinang telah memasuki tahun ke 6 pada tahun 2013. Sepanjang tempoh 6 tahun beroperasi Unit Kerja Sosial Perubatan telah mengendalikan sebanyak 2129 kes perkhidmatan yang merangkumi perkhidmatan terapi sokongan dan bantuan praktik. Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Kepala Batas juga berterusan menjalinkan hubungan kerja dengan sumber-sumber luar samada dari NGO atau GO dalam membantu pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Kepala Batas. Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Kepala Batas masih lagi dikendalikan oleh hanya seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S41 dengan dibantu oleh seorang Jururawat Masyarakat Gred U19.
OBJEKTIF PERKHIDMATAN
- Untuk memberikan perkhidmatan kerja sosial perubatan yang berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah bio-psikososial mereka, seiring dengan konsep rawatan “Total Patient Care”.
- Untuk membantu memulihkan semula pesakit-pesakit dengan meningkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyarakat yang produktif, berkualiti serta berdikari dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakitnya.
*dikemaskini pada 5 Mac 2020