Unit Perkhidmatan Bahan Steril

Unit Perkhidmatan Bahan Steril atau CSSU dibuka pada 1 Januari 2003 dan telah beroperasi selama 8 tahun. Ianya merupakan unit sokongan yang terletak di Aras 2 Hospital kepala Batas. Perkhidmatan disediakan kepada semua unit di Hospital Kepala Batas dan juga Klinik Kesihatan SPU. Beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. (Hari Sabtu dan Ahad & Kelepasan Am disediakan staff  On call jika perlu).

Objektif

  • - Menyediakan perkhidmatan pensterilan dengan pengamalan Prinsip Pensterilan yang efektif dan selaras dengan dasar Prinsip Pengawalan Infeksi Hospital.
  • - Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif serta selamat.
  • - Memberi perkhidmatan pembekalan steril yang mencukupi dan berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Aktiviti

  • - Pengutipan set–set yang telah digunakan dari wad,unit serta klinik Hospital Kepala Batas melalui sistem Porter manakala penerimaan set dari klinik daerah SPU melalui sistem kaunter.
  • - Merendam serta mencuci set-set dan supplementeries secara manual dan menggunakan mesin.
  • - Mengeringkan peralatan peralatan secara manual dan menggunakan dryer.
  • Menyediakan bahan-bahan soft dressing yang perlu digunakan untuk pesakit.
  • - Membungkus set-set, supplementeries, soft dressing.
  • - Memilih, mengasing, melipat dan membungkus linen.
  • - Mensteril set-set, supplementeries, soft dressing dan linen.
  • - Menyimpan bungkusan yang telah menjalani proses pensterilan yang berkesan.
  • - Membekal set-set supplementeries, soft dressing dan linen ke wad-wad, unit dan klinik melalui sistem porter.
  • - Menjalankan inventori wad-wad, unit dan klinik HKB 2 kali setahun.

 

*dikemaskini pada 5 Mac 2020