Unit Dietetik dan Sajian
PENGENALAN
Unit Dietetik dan Sajian menjalankan perkhidmatan terapi diet untuk pesakit dalam dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan hospital ini dan juga menjadi rujukan untuk hospital lain serta klinik kesihatan yang berdekatan seperti Klinik Kesihatan Kepala Batas, Klinik Kesihatan Sungai Dua, Klinik Kesihatan Penaga dan Klinik Kesihatan Tasek Gelugor. Manakala perkhidmatan sajian mengamalkan sistem pembahagian diet dan pencucian secara berpusat untuk semua hidangan iaitu sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.
SKOP PERKHIDMATAN
- Pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan kepada Pegawai Dietetik akan diberi khidmat ’medical nutrition therapy’.
- Antara perkhidmatan yang diberi adalah seperti memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
- Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.
- Diet akan dibekalkan berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas dua, tiga atau kanak-kanak. Jenis diet, sama ada diet normal atau teraputik akan ditentukan oleh Pegawai Dietetik atau Pegawai Perubatan.
- Ibu yang menemani anak di wad kanak – kanak iaitu MAC (mother accompanying child) akan dibekalkan diet kelas tiga.
- Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan di hospital akan dibekalkan diet kelas satu atau diet yang tertinggi di Hospital Kepala Batas.
- Pegawai Perubatan dan paramedik yang bertugas di Dewan Bedah akan dibekalkan diet kelas yang tertinggi di Hospital Kepala Batas sama ada makan tengahari atau makan malam.
- Anggota yang bertugas malam yang layak akan dibekalkan catuan makan malam mengikut kadar yang telah ditetapkan.
- Penglibatan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
OBJEKTIF
- Memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.
- Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas dua, tiga dan wad kanak-kanak.
- Untuk memastikan diet dibekalkan mengikut pesanan bagi pesakit yang mendapat rawatan di Rawatan Harian dan Hemodialisis.
- Untuk memastikan diet dibekalkan untuk Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan, Pegawai Perubatan dan paramedik bertugas di Dewan Bedah mengikut kelayakan.
- Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam mengikut kelayakan.
- Untuk memastikan khidmat ‘medical nutrition therapy’ bagi ’oral diet’ serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan.
- Untuk mengalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal / dietetik komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan
*dikemaskini pada 5 Mac 2020