Unit Pemulihan Carakerja
PENGENALAN
Pemulihan Carakerja adalah satu profesyen yang mnggalakkan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan hidup melalui pekerjaan. Tujuan utama pemulihan Carakerja adalah untuk membolehkan pesakit berdikari di dalam aktiviti kehidupan seharian . Jurupulih carakerja mencapai tujuan ini dengan membolehkan pesakit melakukan aktiviti melalui pengubahsuaian persekitaran supaya dapat meningkatkan kebolehan pesakit melakukan aktiviti untuk meningkatkan kualiti hidup.
WAWASAN UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
Memberi perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan semua tahap keperluan kesihatan supaya dapat meningkatkan kualiti hidup pelanggan.
MISI UNIT PEMULIHAN CARAKERJA
PerkhidmatanPemulihan Carakerja diberikan oleh tenaga kerja yang perpengetahuan, berkemahiran, komited , proaktif dan berdasarkan sumber rujukan berteknologi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada semua pelanggan.
OBJEKTIF PEMULIHAN CARAKERJA
Menyediakan perkhidmatan pemulihan Carakerja yang koMprehensif terhadap pesakit yang mempunyai masalah fizikal ,mental dan psikologikal melalui aktiviti terapeutik yang khusus untuk mencapai kefungsian yang optimum di dalam aktiviti kehidupan seharian, kerja dan rekreasi.
OBJEKTIF
- Untuk memastikan Jurupulih Carakerja memupuk budaya kerja cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang selamat, cekap dan berkesan kepada pelanggan.
- Untuk menyediakan perkhidmatan Pemulihan Carakerja ke tahap optima, bekerjasama dengan ahli kumpulan rawatan untuk pemulihan pesakit secara menyeluruh.
- Untuk memastikan Jurupulih carakerja adalah cekap di dalam memberi perkhidmatan melalui program latihan profesional yang berterusan.
*dikemaskini pada 5 Mac 2020