Unit Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat merupakan unit di bawah bahagian pengurusan Hospital Kepala Batas, bertanggungjawab dalam memastikan segala aktiviti berkaitan teknologi maklumat rangkaian, peralatan, sistem dalaman dan luaran seperti sistem “Basic Hospital Information System (BHIS)”, 1 Gov.Net, EGNet, MOH Line, CPD, HRMIS dan sistem atas talian lain-lain berjalan dengan lancar, manakala kontrak bagi sokongan operasi BHIS telah berjalan secara on-site (24 x 7) pemantauan dan pengesahan laporan kerja pihak kontraktor dipantau dan diuruskan oleh unit Teknologi Maklumat.

OBJEKTIF


• Memastikan sistem eHIS (Sistem Utama) dapat digunakan oleh semua pengguna dengan baik dalam menjalankan tugas harian.

• Memastikan sistem dalaman lain seperti penggunaan eSPKB, HRMIS, CPD dan pengeluaran eGL dilaksanakan dengan baik.

• Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan sistem.

• Memastikan vendor sistem eHIS dapat menyelesaikan segala masalah berkaitan sistem dan peralatan IT dengan kadar segera mengikut tahap SLA (“Severity Level Agreement”) yang telah ditetapkan.

• Unit IT bertanggungjawab dalam memastikan setiap anggota di hospital tahu menggunakan sistem eHIS. Sekiranya masih ada dikalangan kakitangan yang masih belum mahir, ”core team IT” bertanggunggjawab dalam memberi latihan kepada pengguna yang kurang mahir.

  • • Membantu menyediakan dan memperbaiki peralatan IT untuk digunakan oleh pengguna.

• Menggalakkan kakitangan hospital menggunakan sistem dalaman, luaran dan segala yang berkaitan dengan teknologi maklumat melalui pendedahan latihan dan komunikasi.

• Memastikan setiap anggota mematuhi dan memahami peraturan polisi serta panduan keselamatan ICT yang telah ditetapkan oleh pihak hospital dan kementerian.

• Memastikan sekurang-kurangnya satu penglibatan atau penghasilan inovasi oleh unit IT.

 

*dikemaskini pada 5 Mac 2020