Wad 3A (Lelaki)

PENGENALAN

Wad lelaki 3A adalah wad multidisiplin yang terletak di Aras 3 bertentangan wad perempuan 3B dan mula beroperasi pada Januari 2003. Peruntukan katil adalah sebanyak 28 katil, mempunyai 4 kubikel dan 2 bilik pengasingan serta 8 katil kelas 2. Pada tahun 2012 jumlah kemasukan pesakit adalah seramai 283 orang dan kadar penggunaan katil (BOR) ialah sebanyak 100.44%.

PERKHIDMATAN

Unit ini memberi perkhidmatan rawatan Perubatan, Pembedahan Am, Ortopedik dan

Onkologi yang dikendalikan oleh 3 orang Pegawai Perubatan, dibantu oleh 27 orang paramedik  dan disokong oleh 14 orang kakitangan yang terdiri daripada Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan. Wad ini mendapat khidmat Pakar Perubatan Pelawat dari Hospital Seberang Jaya yang membuat lawatan 2 kali seminggu.

Segala pengurusan dan pentadbiran wad seperti kemasukan ke wad, discaj, permohonan ujian makmal dan x-ray serta keputusan mengunapakai Sistem Asas Maklumat Hospital (BHIS) yang telah diperkenalkan pada bulan September 2003.

 

*dikemaskini pada 5 Mac 2020