Wad 3B (Perempuan)

PENGENALAN

Wad 3B (Perempuan) adalah wad multidisiplin yang terletak di Aras 3 bertentangan wad 3A (Lelaki) dan mula beroperasi pada Januari 2003.Wad ini mempunyai 4 kubikel dan 2 bilik pengasingan serta 8 katil kelas dua. Peruntukan katil adalah sebanyak 28 buah dan 8 katil tambahan

PERKHIDMATAN

Unit ini memberi perkhidmatan rawatan multidisiplin yang dikendalikan oleh 3 orang Pegawai Perubatan dibantu oleh 32 orang paramedik.  Wad ini mendapatkan khidmat Pakar Lawatan dari Hospital Seberang Jaya dan Hospital Pulau Pinang.

Aktiviti utama pesakit dalam adalah penerimaan, perawatan dan discaj pesakit. Selain memberi rawatan perubatan, perkhidmatan unit ini juga mengendalikan kes-kes Onkologi yang memerlukan rawatan radioterapi dan kemoterapi.  Pesakit yang      memerlukan rawatan radioterapi akan dihantar oleh anggota wad ke Hospital Pantai Mutiara, Pulau Pinang setiap hari.  Manakala kemoterapi dilakukan di Unit Rawatan Harian Hospital Kepala Batas.

 

*dikemaskini pada 5 Mac 2020