Unit Pentadbiran
Unit Pengurusan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang diwujudkan berdasarkan keperluan pengoperasian bagi memberikan perkhidmatan sokongan pengurusan kepada semua unit di Hospital Kepala Batas.
Unit Pengurusan Hospital Kepala Batas diketuai oleh Pengarah Hospital dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32.
Unit Pengurusan Hospital Kepala Batas merangkumi Unit Pentadbiran dan Pembangunan, Unit Kejuruteraan, Unit Kewangan, Unit Aset, Unit Sumber Manusia, Unit Latihan dan Unit Hasil.
Unit Pengurusan juga bertanggungjawab terhadap Pegawai Khidmat Pelanggan seramai 7 orang dan seorang Pembantu Perpustakaan.
* OBJEKTIF
- Memberikan sokongan pentadbiran kepada hospital dengan pentadbiran kepada hospital dengan mengutamakan perkhidmatan berkualiti, berdedikasi, efisien dan mengutamakan pelanggan.
- Memastikan perkhidmatan hospital sentiasa dalam keadaan baik, selamat serta sedia untuk digunakan selaras dengan peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur semasa yang dikuatkuasakan.
- Memastikan sistem komunikasi dan pengurusan maklumat disalurkan dengan cepat dan berkesan.
- Mengurus dan menyelaras kemudahan dan kelengkapan hospital sesuai dengan ekspektasi jabatan dan kehendak pelanggan.
- Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan dengan lebih berintegriti dan perbelanjaan berhemah.
- Menyelenggara kutipan hasil kerajaan daripada pesakit mengikut kadar Akta Fee 1951, Perintah Fee (Perubatan) 1982 dan Perintah Fee (Perubatan) 1994.
- Menyelenggara sistem perakaunan kutipan hasil yang teratur, cekap dan mengikut peraturan.
- Menyediakan sistem telefon yang berkualiti dan sentiasa bersedia memberikan maklumat serta pengetahuan mengenai organisasi dan jabatan.
- Unit Pengurusan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang diwujudkan berdasarkan keperluan pengoperasian bagi memberikan perkhidmatan sokongan pengurusan kepada semua unit di Hospital Kepala Batas.
- Unit Pengurusan Hospital Kepala Batas diketuai oleh Pengarah Hospital dan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir N32.
*dikemaskini pada 5 Mac 2020