Hospital Kepala Batas telah dinaiktaraf dari Hospital Tanpa Pakar kepada Hospital Berpakar Minor secara berperingkat mulai Disember 2015. Setakat Januari 2023, terdapat sebanyak 8 Jabatan dan Unit ditubuhkan dengan penempatan Pegawai Pakar Perubatan pelbagai disiplin, samada dengan penempatan tetap atau melalui initiatif Hospital Kluster Seberang Perai:
(a) Jabatan Perubatan
(b) Jabatan Kecemasan dan Trauma
(c) Jabatan Pediatrik
(d) Jabatan Obstetrik dan Ginekologi
(e) Jabatan Anestesiologi
(f) Unit Patologi dan Tabung Darah
(g) Unit Pembedahan Am
(h) Unit Ortopedik
Selain itu, Hospital Kepala Batas juga memberi sebanyak 12 perkhidmatan klinikal yang lain (subspecialty) melalui Pakar Pelawat dari Hospital Kluster Seberang Perai dan Hospital Pulau Pinang di Klinik Pakar, kepada penduduk di Kepala Batas: Klinik Pakar
- Ear, Nose and Throat
- Oftamologi
- Pediatrik Ortopedik
- Onkologi
- Hematologi
- Kardiologi
- Respiratori/ COVID
- Neurologi
- Nefrologi
- Reumatologi
- Psikiatri
- Perubatan Sukan
Kemudahan Dewan Bedah dan perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari juga disediakan kepada rakyat di kawasan sekitar Kepala Batas.