Klinik Pakar
PENGENALAN
Klinik Pakar di Hospital Kepala Batas telah memulakan operasinya pada bulan April 2003. Klinik pakar menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang Perubatan, Obstetrik & Ginekologi, Onkologi, Oftalmologi, Psykiatrik, Chest, ENT, Peadiatrik, Pembedahan, dan Ortopedik. Ruang lengkap perkhidmatan adalah meliputi kawasan melebihi 250000 orang penduduk. Klinik Pakar Hospital Kepala Batas merupakan satu pusat rujukan penting bagi kawasan Seberang Perai Utara kerana kedudukannya yang berada diantara kawasan Butterworth dan Sungai Petani. Klinik pakar merupakan pusat rujukan bagi klinik-klinik kesihatan dan klinik pengamal perubatan swasta di kawasan sekitarnya.
OBJEKTIF
Objektif klinik Pakar adalah:
- Memberikan perkhidmatan dan rawatan termasuk rawatan susulan berkualiti agar pesakit dapat mencapai tahap kesihatan yang terbaik.
- Mengurangkan kesakitan akibat komplikasi semasa fasa penjagaaan.
- Memberikan kesedaran tentang kepentingan rawatan susulan.
- Memberi latihan kepada kakitangan dan warga hospital dalam meninggatkan kualiti perkhidmatan.
*dikemaskini pada 4 Mac 2020