Unit Haemodialisis HKB

PENGENALAN

Hemodialisis merupakan salah satu pilihan rawatan daripada tiga opsyen rawatan untuk pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang. Unit Hemodialisis Hospital Kepala Batas menyediakan rawatan hemodialisis kepada pesakit tetap ( dalam program ) dan pesakit wad ( akut ).

OBJEKTIF

Memastikan pesakit mendapat rawatan yang sempurna serta mengikut jadual yang ditetapkan. Unit hemodialisis juga berfungsi bagi:-

• Memberi perkhidmatan rawatan hemodialisis di unit / pesakit yang dirujuk dari unit hemodialisis lain

• Memberi perkhidmatan persediaan rawatan akut hemodialisis bagi kes-kes  Kegagalan buah pinggang akut  Keracunan sebagai rawatan sokongan

• Menyediakan perkhidmatan persediaan pemindahan buah pinggang untuk pesakit dan penderma.

• Memberi perkhidmatan Klinik Hemodialisis.

 

 

*dikemaskini pada 4 Mac 2020