Unit Kawalan Infeksi
Jangkitan Sekunder menyumbang kepada morbiditi dan mortaliti pesakit, justeru itu pengawasan dan pencegahan jangkitan yang spesifik dan efektif secara sistematik amatlah penting bagi Unit Kawalan Infeksi demi menjamin kesihatan pesakit dan petugas hospital.
Unit ini dipertanggungjawabkan kepada seorang Ketua Jururawat yang mempunyai sijil APSIC dan seorang Jururawat yang mempunyai pos basic kawalan infeksi dan sijil APSIC.
* OBJEKTIF
- Unit Kawalan Infeksi Hospital memberi perkhidmatan dalam mengawal dan mencegah infeksi hospital.
- Memastikan setiap anggota hospital mengikut Garispanduan Kawalan Jangkitan hospital (KKM).
- Memastikan setiap anggota hospital menjalankan tugas tanpa memudaratkan diri dengan mematuhi Garis panduan ‘Standard Precaution’ untuk mencegah infeksi.
- Memberi kesedaran, pengetahuan dan latihan berterusan berkaitan kawalan infeksi hospital kepada anggota-anggota hospital.
*dikemaskini pada 5 Mac 2020