Unit Pendidikan Kesihatan
Hasil cetusan idea daripada Pengarah Hospital Kepala Batas maka wujudlah Unit Pendidikan Kesihatan di Hospital Kepala Batas yang pada mula beroperasi pada awal tahun 2005.
Unit ini dikendalikan dengan seorang Jururawat U32 (KUP) yang telah mengikuti Pos basik Pengurusan Diabetes.
UPK terletak di Aras 2 bersekali dengan Unit Kawalan Infeksi di unit Bersalin wad 2A.
UPK akan beroperasi sebagai satu unit yang membantu dan memberi perkhidmatan promosi kesihatan yang berkualiti dan berfokuskan pada perubahan tingkahlaku kesihatan yang positf kepada masyarakat amnya bagi menitikberatkan pencegahan dan pemulihan penyakit kronik.
* OBJEKTIF
Membantu melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam penjagaan kesihatan mereka sendiri dengan perubahan tingkahlaku ke arah mengekalkan amalan cara hidup menerusi pencegahan dan pemulihan yag teratur dan terancang.
*dikemaskini pada 5 Mac 2020