Unit Perubatan Tradisional & Komplementari
Pengenalan
Sejak akhir-akhir ini, terdapat pertambahan dari segi minat dalam aspek perubatan Komplementari bagi merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah bagi tujuan meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan insan. Perubatan komplementari pada hakikatnya merangkumi pelbagai spektrum dan jenis terapi. Adakalanya perkataan Perubatan Alternatif ataupun Komplementari digunakan. Buat masa ini, terdapat 5 jenis terapi komplementari utama iaitu Akupuntur, Osteopati, Kiropraktik, Homeopati dan Herba. Walaupun begitu, terdapat beberapa lagi terapi yang agak terkenal seperti Naturopati, Aromaterapi dan Mengurut. Sebahagian daripada terapi-terapi yang ada berkait rapat dengan kultur seperti ilmu Perubatan Melayu, Perubatan Cina dan Ayurvedic dari India.
Arahan Kabinet
Pada Januari 2006, Arahan kabinet telah dikeluarkan bagi memulakan konsep Hospital Integratif. Mengikut arahan ini, sebanyak 3 hospital telah dikenalpasti bagi dijadikan Hospital Integratif menjelang tahun 2008. Hospital Kepala Batas telah dipilih sebagai hospital perintis.
Projek Perintis
Pelaksanaan Perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari di Hospital Kepala Batas akan memberi satu lagi kaedah rawatan yang boleh dibuat pilihan oleh pesakit dan juga pengamal perubatan konvensional. Perkhidmatan yang disediakan adalah menepati segala garis panduan yang diterima pakai oleh semua pihak. Kepentingan pesakit dalam membuat pilihan adalah terjamin dari segi keberkesanan dan juga bukti saintifik dan diwujudkan dalam suasana kondusif dan meyakinkan.
Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi :
Unit Perubatan Tradisional & Komplementari
Hospital Kepala Batas,
Jalan Bertam 213200,
Kepala Batas
Tel: 04- 5793 333 samb 313
Fax : 04-5791088
*dikemaskini pada 4 Mac 2020