Unit Rekod Perubatan

Unit Rekod Perubatan memberi fokus kepada perkhidmatan sokongan samada dalam bentuk pengumpulan maklumat dan juga penggunaan informasi klinikal. Selaras dengan fungsinya itu Sistem Pemusatan Rekod Perubatan (”Centralize Record System”) telah diwujudkan sejak hospital ini mula beroperasi iaitu pada tahun 2003. Unit ini memberi perkhidmatan penyediaan laporan perubatan dan laporan bedah siasat, pengurusan rekod perubatan pesakit dan sumber informasi statistik hospital.

*        OBJEKTIF

  • Memastikan rekod-rekod perubatan pesakit disimpan dengan sempurna dan selamat serta maklumat yang terkandung didalamnya dirahsiakan.
  • Memastikan segala urusan penyampaian perkhidmatan yang diberikan dapat disempurnakan mengikut peraturan dan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
  • Memastikan Laporan Perubatan / Bedah Siasat hanya akan dikeluarkan dengan syarat semua peraturan dipatuhi oleh pemohon dan terkawal kerahsiaannya serta mengikut kadar masa yang ditetapkan.

 

*dikemaskini pada 5 Mac 2020