Unit Rawatan Rapi
PENGENALAN
Unit Rawatan Rapi merupakan satu unit sokongan kepada Hospital Kepala Batas yang menyediakan perkhidmatan penjagaan intensif kepada pesakit. Seterusnya memastikan pemulihan awal dapat dicapai dan komplikasi dapat dikurangkan ke tahap minimum.
Unit ini mempunyai 4 buah katil, 1 katil untuk perawatan jantung (CCU) dan 3 katil untuk rawatan intensif (ICU). Ianya tidak mengira status kelas dan jantina tetapi mengikut keperluan pesakit dan berfungsi sebagai unit pelbagai disiplin. Ia mula beroperasi pada 1hb. Oktober 2005.
Penyeliaan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas di Unit ini dilakukan oleh Pakar Anestesiologi dari Hospital Seberang Jaya.
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan yang disediakan di Unit ini ialah:-
v Menyediakan mechanical ventilation berfungsi sebagai unit pelbagai disiplin
v Memberi penjagaan dan perawatan intensif
v Memberi perawatan dan pemulihan penyakit jantung menyediakan laporan unit rawatan rapi.
Kesemua kakitangan Rawatan Rapi mempunyai sijil posbasik . Seramai 10 orang Jururawat Terlatih dan seorang Penolong Pegawai Perubatan mempunyai sijil posbasik dalam bidang Perawatan Rapi dan 8 orang Jururawat Terlatih termasuk Ketua Jururawat mempunyai posbasik Perawatan Koronari.
Unit Rawatan Rapi mendapat khidmat lawatan pakar Anestesiologi dari Hospital Seberang Jaya dan lawatan pakar untuk perubatan, pembedahan dan lain-lain disiplin dari Hospital Seberang Jaya, Hospital Bukit Mertajam dan Hospital Pulau Pinang.
*dikemaskini pada 4 Mac 2020