Unit Dewan Bedah

PENGENALAN

Unit Dewan Bedah merupakan satu unit sokongan kepada Hospital Kepala Batas yang menyediakan perkhidmatan pembedahan kepada pesakit dalaman dan pesakit luar. Ia mula beroperasi pada 9 Disember 2003.

Unit ini terletak di aras 1, berkembar antara Unit Rawatan Rapi, Jabatan Kecemasan dan Unit Rawatan Harian. Dewan ini mempunyai 4 bilik bedah dan 1 ruang Pemulihan/Pemerhatian (6 katil), ruang menunggu serta kaunter penerimaan dan pendaftaran, 1 bilik penyimpanan set-set steril, 1 bilik penyimpanan peralatan endoskopi, 1 stor cecair dan barangan pembiusan dan 1 stor am.

OBJEKTIF

• Menentukan pengurusan perkhidmatan dapat dikendalikan dengan licin dan teratur.

 Memberi bius yang sesuai, selamat serta berkesan.

 Memberi perkhidmatan pembedahan yang optima dan berkualiti dengan pengamalan prinsip dan teknik perioperatif selaras dengan dasar program pengawalan infeksi hospital.

 Memberi keselesaan kepada pesakit selepas pembedahan.

• Penggunaan kemudahan/peralatan yang disediakan dengan baik dan maksima di dalam suasana kerja yang selesa, selamat serta produktif.

• Memantapkan struktur pentadbiran dan pengurusan anggota di Dewan Bedah agar berjalan dengan cekap, pantas dan berkesan serta dapat mengeluarkan hasil kerja yang berkualiti.

 

*dikemaskini pada 4 Mac 2020