O&G (Wad 2A)
PENGENALAN
Unit ini menempatkan pesakit antenatal, postnatal dan ginekologi bagi kes-kes kumpulan risiko rendah. Sementara Dewan Bersalinnya mengamalkan konsep hospital Rakan Suami, di mana suami pesakit akan menemani isterinya semasa proses kelahiran.
Keperluan sumber manusia hampir mencapai keperluan mengikut aktiviti dan tahap kesihatan pesakit yang dirawat. Langkah pendedahan dan latihan diteruskan untuk memastikan mereka mencapai tahap yang diperlukan dari masa ke semasa.
PERKHIDMATAN
- Menyediakan perkhidmatan yang berkesan.
- Menyediakan perkhidmatan yang mengamalkan nilai-nilai budaya korporat setiap masa.
- Mempertingkatkan penggunaan kemudahan infrastruktur dan sumber tenaga yang sedia ada secara optima.
- Mempertingkatkan tahap kualiti pengurusan di semua jabatan.
- Menjalankan semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti Kementerian Kesihatan secara berterusan.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti latihan dan penyelidikan secara berterusan.
- Menggalakkan penyertaan serta penglibatan masyarakat dan individu dalam proses penjagaan kesihatan.
- Menyediakan persekitaran yang selesa kepada semua pelanggan yang berurusan dengan hospital