PERUTUSAN PENGARAH HOSPITAL KEPALA BATAS
Salam Sejahtera buat semua pengunjung portal rasmi HKB.
Alhamdulillah dan segala puji-pujian hanya kepada Allah S.W.T kerana dengan izinnya jua Hospital Kepala Batas berjaya mewujudkan jaringan hubungan dengan masyarakat melalui portal yang boleh dilayari tanpa had seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Ia memberi ruangan dan peluang bagi masyarakat untuk lebih mudah berinteraksi dengan warga hospital. Kami mengharapkan para pengunjung yang melayari portal rasmi Hospital Kepala Batas akan dapat memperolehi informasi terkini :
- Senarai kemudahan kesihatan yang terdapat di Hospital Kepala Batas (Perkhidmatan)
- Aktiviti- aktiviti diperingkat hospital
- Maklumat kesihatan yang bermanfaat
Warga Hospital Kepala Batas amat mengalu-alukan sebarang pertanyaan maklumbalas, cadangan atau komen yang dapat membantu meningkatkan mutu perkhidmatan selaras dengan slogan Hospital Kepala Batas "Kesejahteraan Insan Teras Perkhidmatan". Keprihatinan yang diberikan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Tuan/puan boleh menghubungi pihak hospital di talian 04-5623382 atau emelkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Selamat melayari Portal Rasmi Hospital Kepala Batas.
Dr. Norhasimawati binti Abd Mutalib
Pengarah Hospital Kepala Batas
dikemaskini pada 4 Mac 2020