Majlis Perasmian  Wakaf Short Stay  Jabatan Kecemasan dan Trauma , Hospital Kepala Batas yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad. Majlis ini turut dihadiri wakil daripada Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) Dr. Nur Aslina Binti Bahakodin.

Bagi pihak Hospital Kepala Batas sendiri turut hadir adalah Timbalan Pengarah (Pengurusan) Dr. Suhaila Binti Ismail, Timbalan Pengarah (Perubatan) Dr. Hor Chee Peng dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr. Suhaida Hanis Binti Johani

Wad ini menempatkan 14 katil, peralatan perubatan yang lengkap dan juga penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada pesakit ketika menunggu untuk memasuki wad.

Pembinaan yang memakan masa selama tiga bulan dan menelan kos sebanyak RM100,000 adalah hasil dari sumbangan orang ramai melalui Muslim Care Malaysia dan kerjasama beberapa NGO yang lain. Antaranya Yayasan Amal Malaysia (Cawangan Pulau Pinang) Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), Pertubuhan Ummah dan Khidmat Malaysia.

Semoga pembinaan wad ini dapat memberi manafaat kepada semua.

DSC 0530     P1050992

 

DSC 0555        DSC 0539

 

 

P1050803         DSC 0531