NOTIS KENYATAAN JUALAN SISA TERUS

Jualan Sisa Terus adalah dipelawa kepada syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang Membeli Barang Lusuh (Perlu Permit), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lesen Bagi Berniaga Barang-barang Lusuh (PDRM)  yang berminat untuk membeli aset seperti berikut:

TAJUK JUALAN SISA TERUS

TEMPAT DAN MASA DOKUMEN JUALAN SISA TERUS DIPEROLEH

SYARAT PENYERTAAN

TARIKH/ TEMPAT/ MASA/

TAKLIMAT/ LAWATAN TAPAK

(Taklimat/Lawatan Tapak Adalah WAJIB)

TARIKH BUKA DAN TUTUP JUALAN SISA TERUS

No. Jualan Sisa Terus

HSJ/ PELUPUSANASET / 2026 / BIL (1)

Tawaran Jualan Sisa Pelupusan Aset Alih (Kenderaan) WNH 4971 di Hospital Seberang Jaya.

Hospital Seberang Jaya

Jalan Tun Hussein Onn 13700 Seberang Jaya

Seperti Di bawah

Tarikh: 25 Februari 2026 (RABU)

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Unit Pengangkutan, Hospital Seberang Jaya

NOTA:

Kehadiran ke sesi taklimat/ lawatan tapak sehingga selesai adalah WAJIB. 

Borang Jualan Terus Sisa Pelupusan Aset Alih akan diedarkan semasa taklimat lawatan tapak.

Dibuka Pada 25.2.2026 (RABU)

dan  

Ditutup Pada (27.2.2026) (JUMAAT)

sebelum jam 12.00 tengahari

SYARAT DAN PERATURAN JUALAN SISA TERUS

  1. Pembeli perlu membawa Salinan dokumen (Sijil SSM Kewangan – Perlu ada Kod Bidang Membeli Barang Lusuh, Lesen Bagi Berniaga Barang-barang Lusuh (PDRM), Sijil SSM
  2. Pendaftaran Syarikat, dan Sijil TCC.
  3. Semua aset adalah dijual sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is where-is basis).
  4. Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  5. Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.
  6. Pembeli yang berjaya hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh pemberitahuan keputusan.
  7. Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tiga (3) hari selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak untuk melupuskan aset tersebut.

Tempat serahan Dokumen Jualan Sisa Terus hanya di:

PETI SEBUT HARGA
Hospital Seberang Jaya
Jalan Tun Hussein Onn
13700 Seberang Jaya
 

Hospital Seberang Jaya tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.
Sebarang pertanyaan sila berhubung Pn. Nur Fatin Ilyana binti Alias, Pn. Nurul Nadia binti Abdul Aziz atau Pn. Noorhamama binti Jamli  (No. Telefon : 04-3827333 samb 1644)

Iklan ini juga boleh diakses melalui laman web http://jknpenang.moh.gov.my/hsj

DOKUMEN JUALAN SISA TERUS YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA. JABATAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KELEWATAN PENGHANTARAN DOKUMEN JUALAN SISA TERUS MELALUI POS LAJU / COURIER          

COP DAN TANDATANGAN URUSETIA