Kecemasan HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 6625
JABATAN KECEMASAN DAN TRAUMA HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
OBJEKTIF
- 1. Memberi perhatian segera kepada semua kes kecemasan.
- 2. Masa permulaan perawatan:
- i) Kritikal ( Tag-Merah ) - Akan Dirawat Serta Merta.
- ii) Separa kritikal ( Tag - Kuning ) - Akan Dirawat dalam kadar segera ( Dalam masa 15 min )
- iii) Tidak kritikal ( Tag-Hijau ) - Akan dirawat dalam jangka masa 90 minit.
- 3. Memberi perkhidmatan perawatan yang optima secara profesionalisma,layanan mesra dan prihatin.
- 4. Mengurangkan kadar mortaliti dan morbiditi untuk kematian yang dapat dielakkan.
- 5. Berusaha meningkatkan taraf perkhidmatan dan perawatan mengikut keadaan dan kehendak perubatan dari masa ke semasa.
- 6. Memberi pendidikan kesihatan dan kesedaran kepada pesakit dan orang awam mengenai penjagaan kesihatan dan kepentingan rawatan segera untuk kes-kes kecemasan.
- 7. Meningkatkan mutu perkhidmatan rawatan pra hospital dan memberi perkhidmatan ambulan terbaik
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Perkhidmatan Pra Hospital
- Perkhidmatan Pra Hospital dan Panggilan ambulans meliputi seluruh negeri Pulau Pinang. Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (MECC) akan menerima panggilan dan mengagihkan panggilan tersebut kepada hospital yang berdekatan dengan tempat kejadian. Satu pasukan akan bersedia untuk mengendalikan panggilan ambulans pada setiap shif. Pasukan ini akan memberikan bantuan kecemasan dan pengangkutan untuk membawa pesakit ke hospital yang sesuai, dekat atau fasiliti perubatan kerajaan yang lain. Pasukan itu akan dianggotai oleh seorang penolong pegawai perubatan, seorang pembantu perawatan kesihatan dan seorang pemandu. Pasukan ini bersedia 24 jam di Jabatan Kecemasan dan Trauma.
Perawatan Kecemasan
-
Perawatan Ini meliputi rawatan kecemasan, menstabilkan pesakit, mendiagnosa, melakukan prosedur serta memberi rawatan definitif. Zon rawatan di Jabatan Kecemasan dibahagikan kepada :
- Zon Kritikal (Zon Merah )
- Zon Separa kritikal (Zon Kuning )
- Zon Tidak Kritikal (Zon Hijau )
Pusat Khidmat Krisis Bersepadu (One Stop Crisis Centre)
-
Untuk memberi dan mengkoordinasi dengan lain-lain jabatan dan agensi dalam pengendalian kes-kes rogol serta liwat , keganasan rumahtangga dan penderaan .
Liputan Perubatan
- Untuk memberi liputan perubatan untuk acara yang mempunyai risiko tinggi kepada masyarakat dan juga acara yang di hadiri oleh VVIP seperti Pekeliling KPK 2/2007.
Pengurusan Bencana
- Untuk memberi dan mengkoordinasi dalam pengendalian mangsa bencana dari luar dan dalam.
Klinik Rawatan Pesakit Selepas Waktu Pejabat
- Klinik ini beroperasi dari jam 5.15 petang sehingga 12.00 malam pada hari bekerja dan dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam pada hari minggu serta cuti umum.
Klinik Ulangan
Mula beroperasi pada 1 Disember 2014, dibuka bagi kes-kes green zone yang perlu dilihat semula oleh pakar seperti kes denggi, patah kecil dan kes jangkitan yang tidak serius.