Kluster HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 5771
Hospital kluster adalah inisitif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana beberapa hospital dikumpulkan berdasarkan lokasi geografi di dalam sesebuah negeri. Setiap kluster terdiri daripada satu Lead Hospital dan yang lain adalah Non-Lead Hospital. Inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan satu jaringan bersepadu (intergrated network) dan kerjasama yang berterusan dalam penambahbaikan penyampaian perkhidmatan perawatan yang berkualiti tinggi kepada segenap lapisan masyarakat.
Daerah Seberang Perai telah dipilih oleh KKM untuk diwujudkan Hospital Kluster Seberang Perai pada tahun 2016 menggabungkan Hospital Seberang Jaya sebagai Lead Hospital dan tiga hospital awam lain iaitu Hospital Bukit Mertajam, Hospital Kepala Batas dan Hospital Sungai Bakap sebagai Non-Lead Hospital
.
Rajah 1: Demografi Hospital Kluster Seberang Perai
Beberapa wakil daripada setiap hospital telah dipanggil untuk menjalani latihan di Bengkel Action Research (Hospital Kluster) bertempat di Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Bangsar dari 25 hingga 28 April 2016 bagi membincangkan proses penubuhan kluster ini. Pada tanggal 8 Disember 2016, Hospital Kluster Seberang Perai telah dirasmikan dalam Majlis Kick-off Hospital Kluster yang telah disempurnakan oleh Dato’ Dr. Azman Bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan KKM pada ketika itu.
Jadual 1 : Latar Belakang Hospital dalam Hospital Kluster Seberang Perai
VISI
Pembentukan jaringan hospital bersepadu bagi mencapai sistem penjagaan dan perawatan pesakit yang optima serta mesra rakyat
MISI
Berkongsi sumber dan fasiliti antara hospital-hospital awam di dalam Daerah Seberang Perai.
Mengurangkan kesesakan di hospital-hospital awam di dalam Daerah Seberang Perai.
Berusaha mencapai sistem pentadbiran dan kewangan HKSP yang efisien.
OBJEKTIF
Meningkatkan penggunaan semua fasiliti Jabatan Perubatan di seluruh HKSP.
Meningkatkan penggunaan semua fasiliti Jabatan Ortopedik di seluruh HKSP.
Meningkatkan penggunaan semua fasiliti Dewan Bedah dan Rawatan Harian di seluruh HKSP.
Meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan Jabatan Kecemasan di seluruh HKSP.
Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan perbelanjaan Jabatan Farmasi di seluruh HKSP.
Meningkatkan keberkesanan pentadbiran kewangan di seluruh HKSP.
Meningkatkan keberkesan pengurusan HKSP melalui pencapaian Casemix Index (CMI) melebihi 0.9.