Radiologi HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 7968
JABATAN RADIOLOGI HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Jabatan Radiologi Hospital Seberang Jaya merupakan jabatan pengimejan terbesar di Seberang Perai, Pulau Pinang. Jabatan ini menerima rujukan dari hospital – hospital daerah yang berhampiran. Ia terletak di tingkat bawah bersebelahan dengan Unit Bekalan Steril CSSD dan bertentangan dengan Jabatan Kecemasan. Jabatan ini memberi perkhidmatan berterusan untuk tempoh 24 jam.
Untuk perkhidmatan selepas waktu pejabat, pemeriksaan x-ray konvensional dilaksanakan secara sistem separuh syif dan disusuli dengan tugas panggilan selepas jam 10.00 malam pada hari biasa dan syif pada hari minggu dan kelepasan am. Manakala untuk pemeriksaan radiografi berkontras, CT Scan, MRI dan Ultrasound, perkhidmatan selepas waktu pejabat dilaksanakan secara tugas atas panggilan.
Pemeriksaan mammografi pula dilakukan pada waktu pejabat hari bekerja sahaja. Jabatan juga menerima filem untuk laporan dari hospital daerah dan klinik kesihatan di daerah Seberang Perai, Pulau Pinang
VISI
Menjadi pusat rujukan pengimejan diagnostik utama dan terulung bagi Seberang Perai, Pulau Pinang
MISI
Memberikan kepuasan pelanggan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, sopan, mesra berkualiti dan beretika dan professional.
OBJEKTIF
Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan melalui perkhidmatan diagnostik, penjagaan mutu tinggi dan pemulihan awal yang berkesan serta berterusan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:-
Radiografi Am.
Terdapat 2 bilik X-Ray. Perkhidmatan yang di berikan adalah perkhidmatan semua x-ray konvensional. Mesin proses filem bilik gelap masih dijalankan, tetapi mesin computed radiography dimana filem dihasilkan dari Dry Laser Printer juga dijalankan. Terdapat juga dua Mesin OPG (Orthopantomografi) untuk pemeriksaan dental, di tempatkan di bilik x-ray 3 dan bilik 5.
Radiografi Mudahgerak (Mobile)
Terdapat 6 unit Mudahgerak (Mobile) digunakan untuk menjalankan perkhidmatan mudahgerak di wad-wad, Jabatan Kemalangan dan Kecemasan, Unit Jagaan Rapi (Intensive Care Unit), Bilik Mayat dan Dewan Bedah. Terdapat juga 1 unit Fouroskopi C-Arm mudah gerak yang digunakan di Dewan Bedah .
Ultrasound
Terdapat satu unit mesin Ultrasound berjenama Philips IU 22. Pemeriksaan meliputi kes untuk diagnostik dan terapeutik seperti Ultrasound-guided—Nephrostomy, FNAC, Biopsy dan Drainage.
Fluoroskopi
Kes kes fluroskopy saperti Barium meal, barium Swallow dan Barium enema dijalankan pada setiap hari Isnin. Kami juga membantu prosedur pemeriksaan Endoskopi/ERCP.
Mammografi
Perkhidmatan Mammografi dilakukan untuk kes-kes yang dirujuk dari Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan di kawasan Seberang Perai. Selain daripada Mammografi biasa, pemeriksaan interventional seperti ductogram hookwire localization dan stereotactic juga dijalan. Jabatan kami mempunyai seramai 8Juru X-Ray wanita terlatih untuk melakukan pemeriksaan ini.
CT Scan
Mesin CT berjenama Philips Sensation (64 slices). Kepantasan nya membolehkan jabatan menyerap sehingga 25 kes/sehari. Dan tidak ketinggalan perkhidmatan C.T.Scan digunakan untuk tujuan biopsy seperti Lung Biopsy dan Bone Biopsy. Mesin ini juga berkeupayaan untuk pemeriksaan koronari jantung,”virtual colonoscopy” dan CTA peripheral.
MRI
Peralatan yang terdapat di sini adalah jenama Philips Achieva 1.5 Tesla. Perkhidmatan MRI dimulakan pada akhir tahun 2010. Perkhidmatan yang diberikan merangkumi semua jenis pemeriksaaan termasuk MRA dan MR kardiak. Memandangkan, seorang pesakit dijangka mengambil masa selama satu jam untuk satu pemeriksaan, temujanji terhad kepada 8 pesakit saja sehari. Kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera akan diberikan keutamaan.