Bekalan Bahan Steril HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 1560
UNIT PERKHIDMATAN BAHAN STERIL HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Perkhidmatan Bahan Steril (CSSU) merupakan unit sokongan di Hospital Seberang Jaya yang bertanggungjawab memberikan Perkhidmatan Pembekalan Bahan Pensterilan yang berkualiti kepada semua wad dan unit-unit di Hospital Seberang Jaya serta Klinik-Klinik Kesihatan di kawasan Seberang Perai Tengah.
CSSU sentiasa berusaha mengekalkan kemajuan dalam bidang pensterilan serta melaksanakan perubahan-perubahan yang perlu dari semasa ke semasa seiring dengan peraturan baru dan tatacara kerja yang disarankan.
Unit ini beroperasi mulai 7.30 pagi hingga 9.00 malam pada setiap hari bekerja dan bertugas atas panggilan pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
OBJEKTIF
-
1. Mengawal, memproses dan membekal set-set peralatan steril.
-
2. Memastikan proses pensterilan mengikut prinsip-prinsip dan piawaian yang ditetapkan bagi mengawal infeksi dan jangkitan silang.
-
3. Meningkatan kecekapan dan kesedaran keselamatan dalam penggunaan bahan steril untuk semua kakitangan hospital.
-
4. Memantau bekalan dan peralatan steril dan memastikan keperluan sentiasa mencukupi serta tiada berlaku sebarang penolakan terhadap barang –barang yang dibekalkan.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan :-
Mengawal, memproses dan membekal set-set peralatan steril.
Memastikan proses pensterilan mengikut prinsip-prinsip dan piawaian yang ditetapkan bagi mengawal infeksi dan jangkitan silang.
Meningkatan kecekapan dan kesedaran keselamatan dalam penggunaan bahan steril untuk semua kakitangan hospital.
Memantau bekalan dan peralatan steril dan memastikan keperluan sentiasa mencukupi serta tiada berlaku sebarang penolakan terhadap barang –barang yang dibekalkan.