Unit Kerja Sosial Perubatan HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 2736
UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Unit Kerja Sosial Perubatan, Hospital Seberang Jaya beroperasi pada 1hb. Julai 1996. Pada masa sekarang unit ini diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S44 yang dibantu oleh seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan Kanan Gred S44, seorang Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41 dan seorang Pembantu Tadbir Gred N17 (kontrak).
VISI
Ke arah meningkatkan kefungsian sosial dan peningkatan kualiti kehidupan pesakit.
MISI
Membantu Hospital Seberang Jaya menyampaikan rawatan komprehensif dan menyeluruh dengan menyediakan perkhidmatan sosial perubatan kepada pesakit.
OBJEKTIF
1. Memberikan perkhidmatan psiko-sosial kepada pesakit-pesakit agar mendapat faedah maksima daripada rawatan perubatan.
2. Membantu mengembalikan kefungsian sosial yang maksima agar pesakit menjadi produktif dan berdikari serta membolehkan mereka kembali kepada masyarakat selaras dengan batas keupayaan yang diakibatkan oleh penyakit dan kecederaannya
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Unit ini memberi fokus kepada perkhidmatan untuk kebajikan pesakit agar proses perawatan untuk pesakit dapat dilakukan. Terdapat dua kategori perkhidmatan yang ditawarkan iaitu:-
1) Bantuan Praktik
Iaitu perkhidmatan bagi membantu pesakit yang layak untuk memperolehi bantuan kewangan bagi menjalani proses rawatan.
2) Terapi Sokongan
Merupakan perkhidmatan untuk pesakit berbentuk sokongan emosi
Pesakit perlu dirujuk oleh Pegawai Perubatan, Hospital Seberang Jaya menggunakan borang rujukan yang diedarkan
Jadual
Jadual Perkhidmatan
Isnin Hingga Jumaat |
8.00 pagi - 5.00 petang Rehat 1.00 petang - 2.00 petang (Isnin - Khamis) Rehat 12.15 petang - 2.45 petang (Jumaat) |
Sabtu dan Ahad |
Cuti Rehat |
Hubungi
KETUA JABATAN |
PUAN ZAM AZANI BT ZAKARIYA |
NO TELEFON |
04 3827221 |
FAX |
04 3970754 |
|
zamazani@moh.gov.my |
PEGAWAI KERJA SOSIAL
PERUBATAN S44
|
PUAN NORFADZILAH MASAYU BT ARSHAD |
NO TELEFON |
04 3827221 |
FAX |
04 3970754 |
|
miasarayu@gmail.com |
PEGAWAI KERJA SOSIAL
PERUBATAN S41
|
PUAN FAZILAH BT CHE DIN |
NO TELEFON |
04 3827201 |
FAX |
04 3970754 |