FORENSIK HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 2828
JABATAN PERUBATAN FORENSIK HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Jabatan Perubatan Forensik Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang terletak di bahagian belakang bangunan hospital bersebelahan dengan Unit Haemodialisis dan berhadapan dengan bangunan Parkir Awam adalah merupakan jabatan yang memberi kemudahan kepada waris si mati untuk menuntut mayat. Jabatan ini merupakan satu jabatan yang menyediakan perkhidmatan diagnostik terutama bagi kes-kes yang melibatkan pemeriksaan post mortem yang meliputi penerimaan, penyimpanan serta penyerahan mayat, pemeriksaan autopsi klinikal atau medico legal dan sebagai pusat rujukan forensik di daerah Seberang Perai. Jabatan ini secara rasminya telah diasingkan dari Jabatan Kecemasan Dan Trauma pada 15 Januari 2012 dan beroperasi 24 jam setiap hari.
OBJEKTIF
1. Memberikan perkhidmatan forensik yang bebas, berkecuali dan tidak terikat dengan mana-mana pihak demi keadilan.
2. Memberikan Perkhidmatan Perundangan Perubatan yang berkesan, efisyen dan menyeluruh termasuk siasatan makmal.
3. Menjalankan kaji selidik dan perkembangan semua bidang perubatan forensik untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang menyeluruh.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Penerimaan dan penyerahan mayat dari dalam dan luar hospital.
Bedah siasat mayat.
Pengurusan mayat yang tidak dituntut.
Lawatan tempat kejadian jenayah.
Perkhidmatan perundingan forensik.
Melatih dan menjalankan penyelidikan dalam bidang forensik.
Nasihat kepada saudara gemulah yang menghadapi masalah pengurusan mayat.
Pengendalian mayat dari luar negara melalui kedutaan masing masing.