Neurologi
- Artikel HSJ
- Hits: 6446
PERKHIDMATAN NEUROLOGI
Pengenalan
Perkhidmatan Neurologi terletak di bawah Direktorat Perkhidmatan Klinikal (Jabatan Perubatan) Hospital Seberang Jaya. Diketuai oleh seorang Pakar Perunding Neurologi yang menjalankan tugas sebagai Pakar Perunding Neurologi dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Seberang Jaya.
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan:
Perkhidmatan ini melibatkan perawatan pesakit dalaman di Wad 5 (Perubatan Lelaki), Wad 6 (Perubatan Perempuan) dan lain-lain wad. Perkhidmatan pesakit luar dijalankan di Klinik Pakar Perubatan.
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan diagnostik EEG, nerve conduction studies dan suntikan Botox. Jabatan ini juga menubuhkan ”Stroke Team” dengan menjalankan Klinik Rehabilitasi Stroke (Setiap Selasa (petang) : Minggu 3) bertempat di Klinik Pakar Perubatan dan juga terlibat dalam National Stroke Registry. Di samping itu, jabatan ini menyediakan perkhidmatan interprestasi ujian klinikal neurofisiologi dari hospital lain seperti Hospital Taiping, Perak.
