OnG HSJ
- Artikel HSJ
- Hits: 12452
JABATAN PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN HOSPITAL SEBERANG JAYA
Pengenalan
Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan adalah jabatan yang paling sibuk dan aktif sejak dibuka pada 1April 1995 . Jabatan ini mengendalikan kes dari seluruh Seberang Prai Utara, Tengah dan Selatan. Disebabkan lokasinya yang strategik, jabatan ini juga menerima kes-kes dari Negeri Kedah dan Negeri Perak.
Jabatan ini dikendalikan oleh anggota yang berdedikasi dan berpengalaman terdiri daripada 6 orang Pakar Perbidanan, 15 orang Pegawai Perubatan, 11 orang Pegawai Perubatan Siswazah, 6 orang Ketua Jururawat serta 145 orang anggota sokongan.
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan kebidanan yang cekap dan berkesan kepada setiap pesakit supaya mencapai tahap kesihatan yang optima dengan berpandukan dasar dan polisi kerajaan. Disamping itu memberi layanan yang baik dan mesra tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama pesakit
Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan :-
Memberi perkhidmatan kebidanan yang cekap dan berkesan kepada setiap pesakit supaya mencapai tahap kesihatan yang optima dengan berpandukan dasar dan polisi kerajaan. Di samping itu memberi layanan yang baik dan mesra tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama pesakit.
